Hati-hati, scammer menyamar sebagai YB Izham

Hati-hati, scammer menyamar sebagai YB Izham

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakan facebook saya.

Saya telah dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat saya bahawa mereka telah menerima whatsapp daripada individu yang menggunakan profile dan wajah saya.

Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah melakukan aktiviti sebegitu rupa. Jika ada sesiapa yang menerima mesej atau whatsapp daripada individu yang menyerupai saya segera laporkan kepada pihak berkuasa.

InsyaAllah, saya akan membuat laporan polis bagi membersihkan nama saya.

Tuan puan boleh rujuk tangkap layar dibawah ini untuk maklumat lebih lanjut.

Hati hati dan sebarkan kepada semua.

Sumber:

COMMENTS