Perkongsian seorang lelaki mengenai penemuan duit misteri di sekeliling rumahnya mengundang perbincangan warga maya baru-baru ini.
Bagai bulan jatuh ke riba, wang yang tidak diketahui asal usul itu bakal muncul kembali setiap kali dibuang oleh lelaki tersebut.
Tidak memberi keuntungan, rupa-rupanya insiden berkenaan adalah satu bentuk khianat atau sihir kepada pemilik rumah.
Menurut lelaki bernama Are Fiq itu, wang kertas dan syiling yang dijumpai di sekeliling rumah sebenarnya disaluti oleh tanah kubur.
Are Fiq turut menasihati orang ramai agar tidak sesuka hati mengutip duit syiling yang dijumpai di tempat yang aneh.
“Jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa di halaman rumah, di depan pintu rumah, disebelah kereta anda dan duit yang anda tidak tahu asal usulnya.
“Mangsa (akan) merana satu badan dan apabila waktu malam akan terasa berdenyut bisa sampai menangis menahan kesakitan,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Are Fiq turut berkongsi cara untuk membatalkan sihir yang dikirimkan oleh insan yang durjana itu.
Katanya, wang yang dijumpai di sekitar rumah perlu segera dibuang dan tempat terletaknya duit pula perlu disiramkan dengan air perahan limau.
Sebelum disiram, air tersebut perlu dilarutkan dengan garam kasar dan dibaca dengan doa pembatal sihir iaitu Surah Yunus, ayat 81-82.
Baca juga: Ruhainies terkedu bila dapat soalan cepumas dari wartawan undang reaksi netizen