Hati-hati helah PN cuba lagakan Mahathir dan Anwar

Hati-hati helah PN cuba lagakan Mahathir dan Anwar

Aku pun dulu tak suka DAP. Ini kan pulak Mahathir. Hang ingat senang dari kena tarbiah PAS, kafirkan Umno; sekali isi borang DAP. Ingat aku bodo macam hang tak.. err.. tabayyun dulu. Lulz

PH Plus ni kena letak dalam akai masing2 bahawa Muhyiddin hanya ada majoriti dua kerusi. Kalau hari ni nak bergaduh bercakar lagi dan tak boleh kekal sepakat; you truly deserve to lose the government.

Permainan dia sekarang ialah untuk discredit Mahathir di mata penyokong PH dan lagakan Mahathir-Anwar. Dia ingat dengan buat mcm tu, majoriti dua kerusi tu boleh la nak bagi nyawa. Yang hang pun termakan hasutan. Padan lah jadi pembangkang saja.

Antara mesyuarat 23 Feb dengan hari MP Pakatan rally balik dengan Mahathir, macam2 benda dah jadi. Yang bangang dok pi peduli apa dia cakap dalam mesyuarat tertutup seminggu sebelum berpakat tu buat apa?

“Sampai bila nak percaya dengan Mahathir?” tanya hangpa. Well.. waktu Reformasi 98 meletus, aku tak percaya Mahathir. Kalau muncul muka dia di tv, aku padam tv dengan kaki. Punya lah aku benci. Aku dah pernah tak percaya. Khalas. We move on.

We dont like eachother. Sebab tu ada banyak parti politik berasingan dengan struktur dan dasar sendiri. But we came together to oust a kleptocracy. Benci, musuh, dendam; tolak tepi. That counts for nothing?

Apa benda Mahathir sebut dalam perbincangan tertutup tu hal dia dengan parti dia. Apa yang penting ia pendirian terbuka untuk tak kerjasama dengan Umno dan bagi peluang penyamun tu semua masuk balik jd kerajaan. Hangpa yg bangang jd enabler, nak marah Mahathir?

Uihh… marahnya akuuuuu

Muhyiddin ada majoriti DUA kerusi. DUA. Come on la takkan hangpa bodoh sampai tera tu nak bergaduh sebab benda2 yg dah expire, dan bagi kekuatan kat mangkuk hayun yang ada majoriti dua kerusi ni?

Sumber:

COMMENTS