Hasil kutip baki duit beli barang dari poket seluar suami, wanita ini dedah boleh menabung cecah 4 angka!

Oleh INFORAKYAT

Hasil kutip baki duit beli barang dari poket seluar suami, wanita ini dedah boleh menabung cecah 4 angka!

Dek kerana tabiat wanita ini yang gemar mengumpul wang syiling yang ‘dikutip’ daripada poket seluar suami,

siapa sangka hasilnya mencecah sehingga empat angka!

Hasil kutip baki duit beli barang dari poket seluar suami, wanita ini dedah boleh menabung cecah 4 angka!

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang dikenali sebagai Moon Almandar berkata, dia sememangnya mempunyai tabiat suka menabung sejak kecil sehinggalah sekarang walaupun sudah berumah tangga.

“Duit syiling tersebut adalah duit baki suami beli rokok atau barang lain. Kalau pergi pasar, saya tidak akan bagi syiling sekiranya cashier nak.

“Saya tak berniat nak menyusahkan tapi saya lebih suka menyimpan syiling. Nampak banyak, saya akan berasa happy. Selebihnya, syiling tersebut saya jumpa dalam poket suami bila nak mencuci seluarnya,” ceritanya yang merupakan seorang ‘online shoppers’.

TABUNG 1

Moon berkata, sebagaimana perkongsiannya di aplikasi TikTok baru-baru ini, kesemua syiling tersebut adalah hasil yang dikumpul dalam tempoh masa setahun, sebelum didepositkan di mesin layan diri (coin deposit meachine) yang ditempatkan di beberapa cawangan bank.

“Ada tujuh balang semuanya. Saya sengaja asingkan semasa nak menukarkan kesemua syiling tersebut untuk mengelakkan mesin jadi ‘jammed’. Jumlah wang dalam RM1,000 lebih.

TABUNG 2

Wang syiling yang dikumpul siap diasingkan untuk memudahkan proses penukaran.

“Suami memang sangat menggalakkan hobi saya dan dia lagi suka saya menyimpannnya.

“Saya juga mengajar anak-anak menabung dari kecil lagi. Sekarang anak yang berumur enam tahun dan empat tahun pun ada simpanan sendiri hasil menabung,” ujarnya yang juga ibu kepada lima cahaya mata.

Sekiranya ada syiling, cepat-cepat letak dalam tabung. Dan berazam bila dah cukup satu tahun, ada target nak beli barang yang berharga hasil tabungan duit syiling.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Moon yang menetap di Shah Alam, Selangor berkata, dia gembira kerana sedikit sebanyak video tersebut memberi inspirasi dan mesej kepada orang lain untuk mulakan tabiat menabung.

“Ramai yang bertanya cara saya, macam mana dapat menabung duit syiling yang banyak macam tu. Dan sedikit sebanyak saya dapat memberitahu mereka cara saya menabung dan berkongsi cara saya menukar duit tu di mesin.

 

Wang syiling yang dikumpul selama setahun mencecah melebihi RM1,000.

“Apa yang boleh saya kongsikan, berusahalah menyimpan duit syiling biarpun amaun tak besar tetapi tak memudaratkan.

“Sekiranya ada syiling, cepat-cepat letak dalam tabung. Dan berazam bila dah cukup satu tahun, ada target nak beli barang yang berharga hasil tabungan duit syiling,” katanya lagi.

BACA:

“Patutlah aku pernah jumpa ‘baju’ kecil adik dalam lori suami, rupanya ini kerja mereka masa aku teman anak di hospital!”

Ahli perniagaan serah dokumen ‘dana judi’ PN kepada SPRM