Hasanah bebas tuduhan pecah amanah US$12.1 Juta

Oleh INFORAKYAT

Hasanah bebas tuduhan pecah amanah US$12.1 Juta. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid, daripada tuduhan pecah amanah wang harta kerajaan berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain, membuat keputusan itu selepas mendapati adalah tidak adil untuk membiarkan pertuduhan terhadap Hasanah tergantung begitu sahaja.

“Menurut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Pihak pendakwaan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan kes, maka mahkamah mempunyai kuasa memberikan perintah dilepaskan dan dibebaskan.

“Tidak adil untuk pertuduhan ini terus tergantung di kepalanya lebih dari setahun. Keadilan tidak dilaksanakan dengan cara sedemikian,” kata Roz Mawar.

Pada 12 April tahun lalu, Hasanah hanya dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah selepas pihak pendakwaan ketika itu memaklumkan terdapat penemuan baharu berkaitan kes berkenaan.

Hasanah bebas tuduhan pecah amanah US$12.1 Juta

Ketika itu, pendakwaan memaklumkan Hasanah akan dituduh dengan pertuduhan baharu berdasarkan kepada penemuan itu.

Bagaimanapun, susulan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi hari ini, Hasanah tidak boleh lagi didakwa di atas pertuduhan sama.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas tuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik Kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Putrajaya di antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

BACA:

“Buanglah kopiah tu pakcik”, pengurus travel umrah dipenjara 230 tahun

Harga baru Proton X50 dah keluar, RM1.5K lagi murah dari HRV!

Tak kerja kerajaan, mak mentua tak restu jadi menantu -“lagi seminggu nak bertunang”