“Aik, sekejap cerita harta karun Kapal Flor de La Mar, ni cerita harta karun Pulau Nangka pulak.
Masalahnya, harta karun yang diceritakan itu tak nampak pun.
Cerita sahaja di dalam akhbar ada harta karun, selepas beberapa bulan, cerita harta karun sunyi sepi sahaja.”
Persoalannya, sebenarnya ada ke harta karun di pulau tu?
Banyak cerita timbul katanya di dalam sebuah gua di Pulau Nangka yang dikatakan bernilai berbilion Ringgit.
Seperti yang dilaporkan oleh pengkaji sejarah Portugis kurun ke 16, Fernão Lopes de Castanheda, tentera Portugis tak berjaya cari kekayaan Sultan pada ketika itu kerana harta yang dipercayai milik Sultan Mahmud itu telah dilarikan dan disembunyikan sebelum melaka berjaya dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.
Apa yang memeranjatkan, mereka semua telah keluar dari kawasan Pulau Nangka itu dalam keadaan khayal tanpa membawa sebarang harta mahu pun sekeping emas.
Mereka mendakwa telah menjumpai 8 peti berisi emas namun tidak berjaya mendapatkannya. Penduduk kampung percaya bahawa harta-harta karun itu ada “penjaga”nya atau telah terkena sumpahan.
Antara barangan yang dikatakan ada dalam gua tu termasuklah 80 peti yang mengandungi jongkong emas, syiling lama, mahkota dan pakaian diraja.
Pulau Nangka telah digazetkan sebagai hak milik Perbadanan Muzium Melaka sejak tahun 1997 lagi setelah dibeli daripada seorang individu pada harga RM2 juta.
Agak pelik bila kita dengar ada harta Sultan Mahmud di Pulau Nangka.
Mengikut sejarah, semasa Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan, baginda diiringi hampir 300 pengiring yang membawa harta seperti alat-alat kerajaan dan juga emas.
Kesemua mereka ini sangat setia kepada Sultan dan takkan mengkhianati dengan mencuri dan menyembunyikan harta tersebut.
Semasa melarikan diri itu, Sultan dan pengikutnya hanya melalui jalan darat untuk mengelakkan diri daripada ditangkap Portugis. Jalan laut tak selamat buat mereka.
Usaha cari gali artifak di Pulau Nangka giat dijalankan sejak sekian lama. Namun apa yang ditemui hanyalah 2 keping syiling yang dikatakan milik Sultan Melaka. Setelah analisis dijalankan, rupanya syiling tersebut ialah syiling berukiran tokoh Jawa iaitu Kyai Lurah Semar Badranaya dan azimat bertulisan jawa yang berfungsi untuk ilmu pengasih.
BACA: “Kenapa puan nak mohon cerai takliq masa suami masih terlantar koma? Jawapannya mengejutkan aku”