Aku cuma nak tulis sedikit apa yang aku rasa dan lalui dan aku harap sangat sangat sangat, iya memang aku harap sangat dapat bantu mereka yang memerIukan.
Aku ada kenal seorang wanita. Jujur cakap, aku memang jatuh cinta pada pandangan pertama.
Tapi aku kekalkan jarak cuma mula dari kenalan.
Selepas hampir setahun berkenalan aku pun luahkan perasaan aku dan akhirnya kami bertunang dan bercadang untuk buat majlis tahun hadapannya.
Waktu berkenalan tu kami keluar tak selalu, lebih kepada call dan text sebab dia ni seorang ustazah.
Aku namakan dia Bunga. Bunga ni senang cerita mak ayah saud4ra mara tiada. Waktu bertunang tu dia cuma seorang diri. Selama ni aku tak pernah ambil tahu lebih tentang hal peribadi dia sebab pada aku kahwin nanti mungkin dia lebih terbuka berkongsi.
Bunga selalu bagitahu aku yang dia ni ‘s4kit’ setiap hari kena makan ubat. Aku tanya dia s4kit apa dia cuma cakap macam s4kit kepala la. Kami pun merancang majlis dari A-Z. Ada sekali tu kereta dia rosak jadi aku ambil dan hantar dia balik rumah.
Sebab hujan lebat jadi bila balik tu agak kelam kabut, dia terus masuk rumah. Bunga tertinggal beg ni, beg dia selalu bawa dia kata barang – barang dia letak ubat. Aku baru nak bergerak ni terperasan sebab beg tu terjatuh dan terkeluar segala jenis botol dan packet ubat.
Aku check banyak ubat dia. Aku pun patah balik dan bagi beg tu. Balik rumah tu aku google nama ubat dia tu. Semua ubat itu rupanya untuk depr3ssion, anx1ety, sleeping pills, untuk munt4h semua. Aku pun esok tanya.
Bunga cakap dia okay dah memang dalam proses dapat rawatan. Selang beberapa bulan dia call aku. Cakap nak putvskan pertunangan. Aku tanya kenapa dia tak jawab. Aku waktu ni nak marah tapi aku tenang sebab aku yakin ada sebab dia.
Selepas hampir 2 minggu aku cuba tanya dia apa sebab dia. Bunga cerita yang dia dari kecik jadi m4ngsa pemuas nafsu oleh ayah dia dan pakcik dia. Aku bila dengar tu memang dah terk3jut. Bila aku dengar apa yang dia cerita sambil dia menangis tu aku tak tahu nak bagi response apa aku tak ada satu comfort word pun untuk dia.
Bayangkan dari umur dia 12 tahun sampai umur dia 19 tahun jadi m4ngsa dekat rumah oleh pakcik dan ayah dia, ayah dan pakcik dia pula dua orang ni dah m4ti kemaIangan waktu umur dia 20 tahun. Nak buat polis report pun tak guna.
Dia cerita dekat aku bila dia pilih untuk ambil jurusan dalam bidang agama mungkin dia akan dapat lupa segala peristiwa tersebut tapi dia cakap tidak benda tu setiap malam ada dalam mimpi. Setiap malam nak tidur dia takut, resah, s4kit dan munt4h.
Aku terus terang tergamam, lidah keras nak cakap apa tak boleh. Cuma hujung sekali aku cakap kita teruskan pertunangan biar saya jaga awak. Hubungan kami pun diteruskan, tinggal lagi dalam 4 bulan sebelum majlis.
Aku ingat lagi, kami sambut hari lahir dia dekat restoran. Haritu rasa macam semua elok sempurna dan tak lama lagi kami nak berkahwin. Malam tu text sebelum tidur. Text terakhir aku dapat “I love you, Maaf.” Aku ingatkan dia minta maaf sebab menyusahkan sebab dia banyak kali hantar dekat aku text macam tu sebelun tidur tapi aku silap.
Esoknya satu hari suntuk aku telefon tak dapat. Pergi rumah tengok ada kereta tapi rumah gelap, aku pun cuba ketuk bagi salam tak ada response. Aku call polis lepastu satu kereta ronda polis datang lepas 10 minit. Aku pun terangkan situasi tunang aku, dia tak angkat call dan text.
Kami pecah masuk rumah tu dan nampak dia tak bernyawa dekat atas tilam. Nampak ubat dia berselerak, overd0se. Korang pernah tengok the mist tak? Ending dia tu. Macam tu lah aku menjerit. Selepas bantuan orang ramai aku pun selesai kebuumikan Bunga.
Hampir 10 tahun, sampai sekarang setiap kali aku tidur akan teringat text terakhir dia. Setiap malam aku akan fikir nak kembali ke masa silam nak ubah semua. Aku rasa macam terlampau tak berguna, dia ceritakan tapi aku tak pernah 100% membantu.
Aku pernah pergi satu ruang macam confession space, diorang ni semua yang hidup zaman childhood mend3rita macam Bunga. Setiap kali dengar tu aku tak boleh tahan air mata aku asyik menangis aku rasa s4kit dan terlampau useless sangat.
Entah berapa kali setiap malam sebelum tidur aku akan bayangkan nak kembali ke masa silam nak tolong dia. Tapi sampai sekarang aku terp4ksa menghadap realiti. Bila fikir balik aku memang terlampau tak guna.
Sepatutnya bila dia dah terus terang dekat aku situasi dia, aku sepatutnya cepatkan perkahwinan. Tak payah tunggu banyak masa, apa yang dia luah dekat aku nak putvs tunang tu aku rasa dah last straw. Tapi aku silap, dalam fikiran aku gap tu mungkin boleh buat dia bertenang. Rupanya aku silap. Maaf… – Shahid (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurull Halawati : Dulu saya pun tak faham sangat makna TR4UMA ni macam mana, sedalam apa kesan tr4uma tu effect hidup kita. Tapi lepas emak, ayah dan wildan syurga saya meninggaI ( berturut – turut dalam tempoh 4 tahun ni).
Saya jadi tr4uma pada kehilangan, kosong, takut m4ti. Berdebar – debar, anx1ety n panick att4ck semua. Allah je tahu rasa nak berjuaang meIawan ketakutan dan emosi sendiri. Part paling teruk lepas kem4tian wildan syurga pada 28 jan 2023 tu.
Rasa macam dah tak nak hidup. Tak nak jumpa orang. Alhamdulillah lama – lama kekuatan tu datang juga. Allah bantu beri kekuatan untuk lawan. Cuma jangan ada perkara yang membangkit. Akan datang balik “rasa down” tu.
Kird Ree : Bang, dah takdir ko tak sempat berjodoh dengan dia. Ko tak boleh kata kalau lah begitu, begini. Sebab kalau dah tu takdirnya, macam mana kita rancang rapi pun, yang menentukan bukan kita.
Doa banyak – banyak semoga arw4h tenang kat sana. Yang hidup kena move on ok? Jadikan tu pengalaman hidup untuk ko sendiri.