Hari pertama lahir sudah tumbuh gigi, bayi jadi perhatian

Hari pertama lahir sudah tumbuh gigi, bayi jadi perhatian.Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di wilayah Sumatera Utara menjadi sensasi internet kerana didapati sudah mempunyai beberapa batang gigi, lapor laman berita Suara.com semalam.

Perkara tersebut dimuat naik oleh akaun media sosial milik Ishak Buruh Tani.

“Seorang bayi perempuan lahir dan mempunyai gigi. Perkara ini berlaku di Hospital Daerah Aek Kanopan, Labuhanbatu Utara, Sumatera Utara.

“Semoga kelebihan yang dimiliki bayi ini menjadi tuah dalam perjalanan hidupnya, aminn,” demikian menurut kenyataan yang ditulis di akun tersebut.

Selain itu, Ishak mengakui bahawa dia sendiri telah pun melihat bayi tersebut.

Menurut Ishak, dia sedang berada di pejabatnya ketika mendapat tahu mengenai kelahiran seorang bayi perempuan yang mempunyai beberapa batang gigi.

“Benar, ada beberapa batang gigi yang tumbuh di gusi bayi tersebut malah ada juga yang kelihatan seperti gigi geraham,” katanya.

BACA: Najib hanya mangsa skandal 1MDB, kata bekas konsultan media

CATEGORIES