Harga umrah bersama Neelofa jadi pertikaian netizen, “confirm masuk syurga ni!” Baru-baru ini , sebuah agensi umrah swasta iaitu Omrah Travel telah membuat satu pakej umrah iaitu Package Premium Umrah with Ustaz Haris & Hajah Neelofa. Namun, ia menjadi satu perdebatan di laman Twitter mengatakan ia tidak berbaloi ada juga mengatakan ia berbaloi kerana pakej yang disediakan bukannya biasa-biasa.
Sumber Twitter, menunjukkan seorang pengguna menyoalkan harga yang dipamerkan dari pihak Omrah travel. Apa yang pihak Murai.MY lihat adalah, pihak agensi ini membuat tiga pakej kategori dan masing-masing mempunyai harga dan pakej tambahan yang berbeza.
Statement yang dibuat oleh pengguna Twitter ini jadi bualan warganet kerana pengguna ini hanya melihat satu pakej sahaja, tidak melihat harga pada pakej yang lain.
Wow rm35k ye umrah with Hajah neelofa, confirm syurga ke ni pic.twitter.com/M7wm9kYP7g
— qila 🏴 (@aqilah4lim) January 3, 2023
Rata-rata warganet memenuhi ruangan tweet ini dengan mengatakan pendapat dan juga faktor kenapa harga sedemikian. Sedia maklum, setiap agensi umrah menyediakan pelbagai pakej dan tawaran khas bergantung kepada kemampuan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak agensi tersebut. Jika fasiliti yang lengkap dan berpatutan maka harganya juga mahal dan berbaloi.
“Tengoklah apa dia offer, flight dah business, hotel mesti grand, bus mestu luxury”
Sekadar info, Omrah Travel merupakan syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan berkaitan urusan haji dan umrah untuk syarikat pelancongan di Asia.
Selain menjadi platform kepada syarikat pelancongan untuk perkhidmatan rundingan berkaitan Hal Ehwal Perniagaan, tiket penerbangan, urusan penginapan, urusan hotel, penyediaan makanan dan visa.
Omrah Travel menjanjikan perkhidmatan VVIP Istimewa kepada semua pelanggan, tempat tinggal yang selesa dan selain itu Omrah Travel juga menyediakan pakej Haji dan Umrah premium kepada pelanggan secara terus.
BACA JUGA :
Kereta milik keluarga diraja Sultan Brunei dilelong RM1.2 Juta
Dah 4 tahun PJJ, whatsapp bini pun aku jarang balas, tak sangka dia buat aku macam ni
Ibu jalin hubungan sulit dengan menantu sendiri tampil mohon maaf