Harga susut teruk, kedai Emas kena serbu rakyat Malaysia Harga emas dijangka terus menyusut dalam tempoh jangka pendek selepas mencecah paras rendah tiga bulan kepada AS$1,838.26 (RM8,050.59) seauns atau RM258.83 segram.
Orang ramai mengambil peluang untuk membeli barang kemas susulan kejatuhan mendadak harga emas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kedai Emas Sri Tanah Merah,
salah seorang pengurus kedai emas, Normi Mohd Noor berkata, pihaknya bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu untuk menerima jumlah pengunjung yang bakal datang ke kedainya pada hujung minggu ini.
“Selain penambahan stok, kita juga akan mempertingkatkan kecekapan pekerja bagi menampung peningkatan pelanggan hujung minggu ini.
“Bilangan pekerja juga akan ditambah kepada enam orang termasuk di kaunter dan di bahagian pemotongan dan cuci barang kemas.
“Pelanggan kami juga boleh melihat katalog barangan perhiasan yang dijual melalui saluran Telegram terlebih dahulu sebelum datang ke kedai bagi memendekkan masa pembelian,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Dalam pada itu, terdapat beberapa orang pelanggan mula hadir ke kedai emas di sini setelah mereka mendapat tahu berkenaan penurunan harga emas pada Jumaat.
Tinjauan di Pusat Komersial UDA, Tampoi mendapati kedai emas dan butik menjual pakaian raya antara premis yang menjadi tumpuan.
Deretan kedai emas di pusat komersial di situ, dilihat dipenuhi orang ramai yang sanggup menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi tadi.
BACA:
Selamat Hari Guru, ini model kereta pilihan ramai cikgu Malaysia
Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai