Harga Myvi dah macam emas sekarang, untung pemiliknya..

Harga Myvi dah macam emas sekarang untung pemiliknya

Harga Myvi dah macam emas sekarang, untung pemiliknya. Dengan tarikh serahan kereta baharu yang lambat, kereta Perodua Myvi terpakai di bawah lima tahun telah menjadi rebutan di pasaran.

China Press melaporkan, Myvi yang mendapat jolokan “kereta lumba rakyat Malaysia” juga merupakan “anak emas” peniaga kereta terpakai kerana jenama itu laris dan dapat dijual dalam masa yang singkat.

Dengan permintaan terhadap kereta terpakai meningkat, harganya juga telah melambung selari dengan keadaan pasaran.

Seorang jurujual memberitahu, harga asal Myvi adalah sekitar RM56,000 lima tahun lalu, tetapi kereta terpakai jenama itu masih boleh dijual sehingga RM50,000 selepas dipakai lima tahun.

“Harga kereta Myvi setaraf harga emas pada masa ini,” kata jurujual itu.

Harga Myvi dah macam emas sekarang, untung pemiliknya..

Seorang peniaga kedai kereta terpakai pula berkata, harga Myvi baharu pada 2018 adalah RM53,800 dan kini dapat dijual dengan harga RM48,000 sebagai kereta terpakai.

“Harganya adalah RM42,300 sebelum ini, tetapi harga sudah naik sekarang,” katanya.

Mengenai harga kereta Perodua Kembara lama yang mencecah RM20,000, pemilik kedai kenderaan terpakai berkata, keadaan itu tidak mengejutkan.

“Kembara bukannya lemah, tetapi menggunakan enjin sama jenis dengan Myvi.

“Dengan fungsi pacuan empat roda, kereta ini boleh digunakan untuk mengangkut barang, oleh itu harganya memang boleh tahan selama ini,” katanya.

BACA:

Pelajar Malaysia di Scotland teruja jumpa MyVi di sana, terus selfie

Pemandu MyVi remuk dihentam lori kongsi pengalaman ngeri

Selamat Hari Guru, ini model kereta pilihan ramai cikgu Malaysia

CATEGORIES