Harga barang meningkat mendadak tapi kerajaan lambat bertindak

Harga barang meningkat mendadak tapi kerajaan lambat bertindak

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan meneliti laporan media mutakhir oni yang menunjukkan peningkatan harga barang basah dan barang mentah di banyak tempat seluruh negara . Hal ini amat membimbangkan bukan sahaja kita berasa seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri,tetapi juga kerana keadaan Perintah Kawalan Pegerakan bersyarat yang menyaksikan begitu ramai rakyat Malaysia terbelenggu dengan ketidaan pendapatan atau kehilangan pekerjaan .

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna semalam bahawa KPDNHEP hanya sekarang akan menyiasat kenaikan harga ayam di beberapa negeri adalah mendukacitakan.Seharusnya siasatan,pemantauan dan tindakan berpatutan dilaksanaka lebih awal,bukannya sehingga berpotensi menambah beben rakyat Pada waktu ini.

Menteri dan Timbalan Menteri perlu bertanggungjawab penuh dan segera melaksanakan tindakan kawalan untuk memastikan tiada pencatutan mahupun kenaikan harga yang keterlaluan di ambang syawal.

Majlis Setiausaha menegaskan keperluan diwujudkan segera makanisme bagi menjamin kestabilan harga barangan, menyelesaikan isi rantaian bekalan, serta memastikan nasib petani dan pengusaha tidak diabaikan .

YB DS Saifuddin Nasution

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

 

YB Khalid Samad

Parti Amanah Negara(AMANAH)

 

YB Ong Kian Ming

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

COMMENTS