Harga ayam dari Malaysia cecah harga RM70/kg di Singapura?

Isu harga ayam yang diimport dari Malaysia menjadi perhatian beberapa hari lalu.

Hal ini berlaku apabila sebuah pasaraya di Singapura meletakkan harga sebanyak RM230 bagi seekor ayam dengan label ‘SB Whole Chicken product of Malaysia’.

Ekoran isu ini, semalam, 2 Jun 2022, pasaraya berkenaan telah membuat satu kenyataan melalui laman Facebook milik mereka menjelaskan situasi sebenar.

“Kami ambil maklum dengan gambar yang dikongsi tentang label harga bagi sebungkus ayam dengan label ‘SB Whole Chicken’ yang dilekatkan pada bungkusan berjenama Siwss Butchery.

Imej tersebut merupakan produk ayam kampung organik yang dijual di salah satu kaunter konsesi kami yang dikendalikan oleh Swiss Buthcery. 

Produk ini berharga S$22.50/kg (RM71.64) mengikut tarikah bungkusan label pada 31 Mei 2022. Gambar yang dikongsi menunjukkan berat ayam tersebut melebihi 3kg kerana dua ekor ayam dibungkus dan ditimbang dalam satu bungkusan yang sama.

Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan sebarang salah faham yang berlaku.”

 

BACA JUGA :

Bapa ketagih main game, ibu terpaksa kurung anak dalam sangkar

Afiqah Ishak buka mulut selepas didakwa jadi punca perceraian Azri dan Ellie Suriaty

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

 

CATEGORIES