Haram bagi ‘goodies’ berbeza untuk orang kaya dan miskin – UAI

Haram bagi goodies berbeza untuk orang kaya dan miskin UAI

Haram bagi ‘goodies’ berbeza untuk orang kaya dan miskin – UAI. Haram bezakan ‘goodies’ golongan kaya dan miskin dalam majlis kenduri, ujar penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Dalam satu ceramahnya, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI menjawab persoalan berkenaan perbezaan ‘goodies’ yang diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis kenduri.

“Hukumnya haram bila kita bagi hadiah dekat orang berbeza-beza atas sebab golongan kaya atau miskin, namun sebab lain dibolehkan.

“Contoh sebab lain yang dibolehkan itu adalah kerana mereka adalah kenalan rapat, sahabat handai atau saudara-mara.

“Andai kata nak beri kad kahwin yang mahal dan cantik pada kawan-kawan, itu juga dibenarkan, malah harus hukumnya beri kad biasa pada orang luar. Tetapi haram jika beri kad mahal-mahal pada golongan kaya kerana ingin bezakan mereka,” katanya.

Haram bagi'goodies' berbeza untuk orang kaya dan miskin - UAI

Jelasnya lagi, Nabi pernah bersabda jangan hadir majlis kenduri yang membezakan golongan kaya dan miskin.

Katanya, kenduri tersebut boleh jatuh maksiat sekiranya menjamu makanan istimewa kepada golongan kaya atas niat untuk membezakan mereka dengan orang susah.

“Tetapi kalau tuan rumah memang dah sediakan makanan istimewa untuk saudara-mara dan anak-beranak, tidak mengapa. Cuma jatuh hukum haram sekiranya bezakan makanan VVIP atau datuk-datuk sebab mereka kaya,” jelasnya.

BACA:

Ahli Parlimen bertumbuk masa tengah bahas usul dalam dewan, sampai kena masuk ICU

Ini respon mengejut Annuar Musa selepas didakwa dipecat dari Umno

“Adik Shuib ke ni?” -Muka tentera sebijik macam dia

CATEGORIES