Harakahdaily padam berita lagi, kali ini berkaitan anugerah Dato pula

Harakahdaily padam berita lagi, kali ini berkaitan anugerah Dato pula

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily hari ini dikesan memadam cadangan Pas Wilayah Persekutuan supaya kerajaan negeri yang dipimpin parti itu menganugerahkan pangkat atau gelaran Datuk kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Yang Di-Pertua Kawasan.

Perwakilan Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud kelmarin berkata, penganugerahan itu juga termasuk kepada Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bagi menarik sokongan rakyat.

Pemerhatian hari ini mendapati sebahagian besar laporan asal bertajuk “PAS Wilayah Persekutuan seru jadi Sukarelawan YADIM” sudah ‘hilang’ hanya tinggal lima perenggan terawal sahaja.

Terdahulu, Abdul Rani ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden Pas pada Mukatamar Tahunan Pas kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di Kota Bharu, cadangan penganugerahan itu diyakini dapat memberi rasa hormat dan keterujaan rakyat.

“Kita mahu menarik sokongan mereka kepada Pas. Perlu diakui rakyat sangat menghormati dan teruja dengan pemimpin-pemimpin mereka apatah lagi gelaran dan pangkat dimiliki.

“Rakyat mengikut agama pemimpin-pemimpin mereka,” katanya lagi sambil meyakini cadangan tersebut akan disokong oleh Timbalan Pengerusi Tetap.


Laporan ini sudah ghaib dalam Harakahdaily

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/harakahdaily-padam-syor-beri-gelaran-pangkat-dapat-tarik-sokongan/

COMMENTS