Haqiem Rusli luah perasaan sedih, tak suka orang kasar tegur isterinya

Haqiem Rusli luah perasaan sedih tak suka orang kasar tegur isterinya

Haqiem Rusli luah perasaan sedih, tak suka orang kasar tegur isterinya. Komposer dan penyanyi terkenal Haqiem Rusli tidak selesa apabila isterinya, Anis Sofea sering berdepan teguran netizen dalam media sosial.

Kata Haqiem, dia bagaimanpun masih boleh menerima teguran termasuk kecaman yang dilemparkan kepada isterinya dengan hati terbuka, tetapi bukan menggunakan bahasa kasar yang keterlaluan.

“Saya tak nak komen banyak tentang perkara ini, bagi saya sebagai seorang manusia, mesti ada proses untuk jadi lebih baik.

“Saya faham mereka yang menegur itu untuk tujuan kebaikan, saya setuju dengan mereka cuma kita doa yang baik-baik sahaja, jangan terlalu keras dan kasar ketika menegur.

“Saya dan isteri serta kita semua sedang belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik, jangan kecam-kecam sangat ya,” katanya.

Haqiem Rusli luah perasaan sedih tak suka orang kasar tegur isterinya

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Ruslim 24, turut meminta sedikit masa dan ruang untuk isterinya benar-benar berubah menjadi lebih baik dan peka dengan situasi semasa selepas ini.

Terdahulu, Sofea menjadi sasaran netizen selepas berkongsi beberapa keping gambar ketika berbulan masu di Istanbul, Turki memaparkan dirinya berpakaian seksi dan agak kurang sesuai sebagai wanita berhijab.

Pada masa sama, netizen turut memberikan teguran dan meminta Sofea agar lebih sensitif menutup aurat dengan sempurna.

Pelantun lagu hit Tergantung Sepi tu Sofea selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.

BACA:

Sajat umum sudah single selepas berpisah dengan ‘pak arab’

Tragis..pesakit menderita selepas doktor tersilap bedah saluran sperma

Dakwaan terima RM1.3 Juta, akhirnya Muhyiddin buka mulut

CATEGORIES