Hanya kerana mengambil kira untuk membayar kopi seharga RM5.74, pengetua sebuah sekolah menengah rendah
Di Jepun bukan hanya dipecat, tetapi juga tidak menerima manfaat pencen disebabkan tuduhan mencuri kopi.
Dia dilaporkan hanya membayar untuk kopi saiz biasa di mesin layan diri kedai serbaneka, tetapi didakwa mengambil kopi saiz cawan besar.
Pengetua tersebut ditangkap di Takasago, sebuah bandar kira-kira tujuh jam pemanduan dari Tokyo,
selepas seorang pekerja melihatnya menekan butang untuk mengambil kopi saiz cawan besar pada 21 Disember yang lalu.
Tidak cukup dengan itu, dia turut dipecat malahan lesen mengajarnya juga ditarik balik.
Faedah pencennya yang dianggarkan sebanyak 20 juta yen (kira-kira RM637,928) juga tidak diterimanya.
Dalam siasatan dengan pegawai lembaga pendidikan di peringkat wilayah, pengetua berusia 59 tahun itu menyatakan bahawa dia bertindak secara melulu dan sangat menyesal atas perbuatannya.
Pengetua tersebut turut mengakui bahawa dia telah menukar saiz kopinya tanpa membayar sebanyak tiga kali di kedai yang sama, dan empat kali di kedai lain.
Pemecatan merupakan tindakan paling berat yang digunakan untuk mendisiplinkan penjawat awam, diikuti dengan penggantungan kerja, pemotongan gaji, dan amaran.
Seorang pegawai Lembaga Prefektur memberitahu Asahi Shimbun bahawa setelah mengkaji kes terdahulu dan tindakan tatatertib mereka, mereka telah membuat kesimpulan bahawa pemecatan adalah tindakan yang sewajarnya bagi kesalahan berulang.
Baca juga: Deposit rumah sewa 1+1, 2+1, 2+1+1, apa maksud semua ini?