Hanya pantau penetapan waktu check in check out, netizen sindir MOTAC kementerian paling tak function

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Kenyataan satu muka surat yang disiarkan di laman X MOTAC (dahulu dikenali sebagai Twitter) dilihat rakyat Malaysia

seolah-olah seperti ‘melepaskan batuk di tangga’ atau dikeluarkan tanpa sebarang fungsi yang jelas.

Bagi rakyat Malaysia, kenyataan yang terdiri daripada 5 perenggan itu – daripada kementerian yang mempunyai

kuasa dalam penguatkuasaan dan undang-undang – hanya menyatakan bahawa mereka akan memantau isu tersebut

Dan meminta orang ramai membaca serta memahami terma syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel.

Hanya pantau penetapan waktu check in check out, netizen sindir MOTAC kementerian paling tak function

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ingin merujuk kepada isu yang sedang tular di media sosial mengenai waktu daftar masuk (check-in) dan daftar keluar (check-out) dalam industri perhotelan di Malaysia.

MOTAC memahami kebimbangan yang diungkapkan oleh orang awam dan pelancong mengenai perkara ini.

“MOTAC sedang memantau isu ini dengan lebih dekat dan memberikan perhatian serius kepada pengusaha industri perhotelan untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

Kenyataan media telah dikeluarkan oleh Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) dan Persekutuan Pelancongan Malaysia (MTF) sebagai penjelasan lanjut.

“MOTAC juga ingin menekankan kepada orang ramai agar sentiasa membaca dan memahami terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel sebelum membuat tempahan.

Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang salah faham atau ketidakpuasan hati, terutamanya mengenai penentuan harga dan perkhidmatan yang disediakan,” ujarnya.

Di ruangan komen, banyak suara rakyat Malaysia yang kurang berpuas hati dengan tindakan MOTAC yang hanya memilih untuk memantau isu ini tanpa memberikan sebarang penyelesaian.

Sebahagian netizen berpendapat kenyataan media ini tidak menunjukkan kesungguhan dan mencerminkan alasan mengapa rakyat Malaysia cenderung untuk bercuti ke luar negara, kerana kementerian yang menjaga industri ini tidak berusaha untuk melindungi pengguna yang ingin menyokong pelancongan tempatan.

Untuk rekod, isu waktu check-in dan check-out hotel yang tidak konsisten semakin mendapat perhatian apabila seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap waktu yang ditetapkan oleh pihak hotel.

Luahan oleh Hakim H (@netnetwok) ini telah mencetuskan perbincangan di media sosial, di mana beliau merayu agar

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) campur tangan untuk menyelaraskan waktu daftar masuk dan keluar hotel-hotel di Malaysia.

Beliau mengeluh mengenai amalan hotel di Malaysia yang menetapkan waktu daftar masuk semakin lewat tetapi mempercepatkan waktu daftar keluar, menyebabkan orang ramai merasa tidak puas hati.

BACA:Wan Ahmad Fahysal ‘terciduk’ dengan ahli parlimen Shah Alam dalam wacana sinar