Hanya kerana tandas bocor, pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sebuah pesawat komersial terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Frankfurt selepas bau busuk

Dari tandas bocor memenuhi seluruh kabin, menurut laporan portal berita The Sun semalam.

Penerbangan 59 United Airlines yang sepatutnya tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS),

Hanya kerana tandas bocor, pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang

telah mengelilingi Laut Utara sebelum kembali ke lapangan terbang tersebut pada Jumaat lalu.

Setelah berlepas dari Frankfurt, penumpang di dalam pesawat Boeing 777 itu melaporkan bau busuk datang dari tandas.

Menurut akhbar Bild, kru kabin mendapati bahawa salah satu tandas di dalam pesawat berusia tujuh tahun itu mengalami kerosakan.

Penumpang juga melaporkan bahawa kandungan tangki tandas tersebut melimpah dan masuk ke dalam kabin, memperburuk keadaan.

Jurucakap United Airlines memberitahu The Sun: “Penerbangan 59 United kembali ke Frankfurt disebabkan oleh masalah penyelenggaraan yang melibatkan salah satu tandas pesawat.”

BACA: Masa tu dia kerja angkat tong gas. Daripada duit gaji tu lah dia pergi sambung belajar sbb family dia susah