Assalamualaikum pembaca semua. Sebenarnya sekarang ni saay dalam delima samada perlu ke saya terus bertahan dalam perkahwinan saya bersama isteri.
Saya dah lebih 20 tahun berumahtangga, biasalah dalam alam rumahtangga adanya pasang surut
. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur dengan kebahagiaan yang saya kecapi sebelum ini.
Saya bekerja sebagai pegawai bank dan average pendapatan 5 angka sebulan.
Kisah ini bermula bila saya berhenti kerja tahun lepas di atas sebab sebab tekanan kerja hingga menyebabkan saya stress dan pernah jatuh sakit.
Dengan berbekalkan wang simpanan yang saya kira cukup untuk bertahan dalam tempoh setahun, saya nekad untuk berhenti kerja.
Tambahan lagi kebetulan waktu itu isteri saya jatuh sakit akibat serangan kovit/TB menambah lagi sebab untuk saya berhenti kerja dan menumpukan pada penjagaan kesihatan isteri.
“Aku sanggup berhenti kerja sebab nak jaga isteri sakit, lepas isteri sihat, aku dipulaukan sebab tiada kerja”
Isteri saya bekerja sebagai pegawai kerajaan dan diberikan cuti sakit bergaji selama setahun. Tapi panas tak sampai ke petang, dengan perancangan saya untuk mulakan kerja sendiri tak berapa menjadi, wang simpanan saya makin susut, akhirnya financial saya menjadi semakin teruk. Saya kini dah hampir bankrap.
Isteri saya dah kembali semula bekerja (alhamdulillah), tapi sejak saya mengalami masalah kewangan, saya telah mula dipinggirkan isteri.
Berpunca dari saya pernah suarakan hasrat untuk meminjam duit dia untuk tambahan modal kerja – kerja saya dan juga saya sudah sangkut – sangkut membayar komitmen hutang sedia ada termasuk juga nafkah pada dia.
Sejak berumahtangga, hampir semua perbelanjaan keluarga adalah di bawah tanggungan saya, saya juga tak sentuh langsung duit gaji dia kecuali dia sendiri yang hulur untuk membayar atau membeli apa yang dia rasa perlu.
Duit nafkah dia pun saya tak pernah culas beri. Sedangkan kereta untuk dia berulangalik kerja pun saya yang beli, jaga maintainance dan bayarkan sehingga settled loan yang ada.
Saya tahu dia marah dengan keputusan saya berhenti kerja, walhal saya dah bagitau sebelum ini dan saya selalu kongsikan masalah saya ketika masih bekerja.
Sekarang ni memang saya dah br0ken. Dapat income dari kerja sendiri pun tak sama nilai macam dulu. Gaya hidup pun dah tak sama macam dulu. Mungkin lepas ni saya terpaksa jual harta – harta yang saya ada untuk kurangkan komitmen saya.
Mungkin saya pun ada buat kesilapan sebab tak terfikir kan awal kalau keadaan bila jadi begini orang yang terdekat pun boleh ketepikan kita. Bukan tak pernah berbincang sebelum ni, tapi isunya tetap akan jadi ungkitan pasal saya berhenti kerja.
Saya pun ada juga cuba dekat dengan isteri dan memujuk tapi tetap tak berjaya juga. Sampai saya fikir adakah ini tanda – tanda monopos? Baru je pertengahan 40an. Di awal saya berhenti kerja tu memang takda masalah, sebab saya masih ada duit simpanan.
Puncanya bila saya kerugian dalam bisnes saya dan saya tersepit dengan modal kerja dan komitmen sedia ada. Taklah banyak sangat saya nak pinjam sampai nak kena ambik personal loan. Cuma 10k je waktu tu. Saya tau dia banyak menabung. Tapi bila jadi begini orang yang terdekat pun dia tak nak membantu membuatkan diri saya triggger.
Berbaloi ke pengorbanan saya pada dia sebelum ni? Sebelum ni setiap kali saya dapat bonus tahunan, saya akan berikan juga bahagian dia, saya dapat extra income bulanan saya bagi extra tambahan nafkah pada dia, itu belum kira lagi time raya. P
ernah juga saya seloroh bonus yang saya bagi pada dia berganda dari kerajaan bayar bonus pada dia. Hahahaha. Saya bukan nak mengungkit tapi saya nakkan sokongan dari seorang isteri saja. Tak dapat material, moral pun dah cukup.
Apakah benar, kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa – apa? Kini dah lebih setengah tahun saya tidur berasingan dan terabai keperluan saya sebagai suami.
Bermula waktu saya kecil hati, saya cuba tidur asing dari dia. Ingatkan dia akan terasa tapi isteri saya sengaja ajak anak bongsu saya untuk temankan dia tidur untuk elakkan saya tidur bersama dengan dia. Kami pun dah takda berkomunikasi lagi kecuali sepatah dua kata jika berkenaan anak – anak.
Selalunya komunikasi dalam whatsapp je. Hidup kami suami isteri macam orang asing. Isteri buat seolah saya ni tak wujud, keluar rumah pun tak minta izin atau bgtau saya dah. Saya kesian pada anak – anak, 2 orang anak – anak dah besar dan belajar di IPTA.
Bab pelajaran mereka saya tak risau sangat sebab saya masih mampu untuk bayarkan yuran pengajian mereka melalui KWSP saya. Lagipun sejak anak – anak masih bayi saya dan isteri dah bukak akaun simpanan pengajian mereka jadi bab duit pengajian memang bukan isu.
Yang saya kesian sebab mereka ni dah bau – bau keretakan hubungan kami suami isteri ni. tapi mereka buat – buat tak tahu je. Risau juga sebab takut jejaskan emosi mereka nanti. Saya sekarang ni memang dalam dilema.
PerIukah saya lepas kan isteri saya demi kebahagian dia? Saya sedih sebab sekarang ni saya dipinggirkan. Banyak lagi perkara yang saya tak ceritakan sebab saya rasa terlalu panjang. Pernah juga suarakan hal ini kepada keluarga mentua saya. Tapi maklumlah mak bapak mana yang tak nak menang kan anak sendiri.
Saya sebenarnya rancang nak adukan dan file kan pada mahkamah dalam masa terdekat ini. Cuma sebelum saya buat keputusan saya perIukan juga pandangan dari pembaca – pembaca semua, mana tau pernah ada pengalaman hampir sama macam saya. Terima kasih.
Komen Warganet :
Cik Missaya Dott : Mungkin encik boleh hire peguam buat satu perjanjian pinjaman wang dari isteri secara rasmi dengan terma – terma yang dipersetujui dua – dua pihak, m4tikan setem untuk yakinkan isteri yang pinjaman tersebut akan dibayar.
Isteri mungkin berat hati nak bagi pinjam, maklum banyak kes di mana isteri bantu kewangan suami, suami stabil semula tapi jasa isteri dibaIas pula dengan suami buka cawangan baru. Isteri mungkin tak nak cadangkan buat perjanjian sebab takut dituduh ‘berkira’, jadi wajarlah encik yang mulakan inisiatif. Bab duit ni, faham – faham sajaIah kan.
Bagi saya ini masalah komunikasi antara encik dan isteri. Dan boleh diselesaikan kalau encik sanggup buat seperti cadangan saya. Cari lawyer yang neutral.
Banyak kes bila bercerai, isteri tanggung hutang suami sampai dia pulak muflis. Suami pun sama, tanggung hutang bekas isteri. Perjanjian hitam putih mungkin boleh selamatkan rumahtangga ramai orang.