Hanya bank ini je mampu lahirkan 102 ‘jutawan segera’

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Cabutan SSP yang bermula sejak 2013 memerlukan seorang individu menyimpan pada kadar minimum RM3,000.

Bank Simpanan Nasional (BSN) berjaya melahirkan 102 ‘jutawan segera’ menerusi Sijil Simpanan Premium (SSP)

sehingga kini dalam usaha menggalakkan tabiat menabung di kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi BSN, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, SSP BSN kini mempunyai lebih kurang

lima juta pendeposit dengan jumlah simpanan bernilai lebih daripada RM5 bilion setakat Jun tahun ini.

Hanya bank ini je mampu lahirkan 102 'jutawan segera'

Katanya, bagi tempoh yang sama, terdapat kira-kira sembilan juta pelanggan akaun simpanan BSN Giro.

“Kami mendapat sambutan dan sokongan yang baik (bagi tujuan penyimpanan) dari SSP ini yang merupakan inisiatif kami dalam menyemai tabiat menabung. Kami sudah menghasilkan 102 jutawan.

“Jadi rugi kalau tidak masuk SSP. Setiap bulan ada jutawan, mana ada bank buat begini dan ini istimewa kerana melambangkan jenama kami,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja ke cawangan utama BSN Shah Alam selain melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat BSN.

Awang Adek memberitahu, BSN turut mengadakan pelbagai program khas untuk pelajar sekolah demi meningkatkan tahap celik kewangan serta memperkasakan simpanan seawal usia bagi mendukung aspirasi kerajaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, komitmen BSN turut diperkukuhkan dan diperluaskan dalam membantu peniaga mikro dengan jumlah pinjaman maksimum RM50,000.

“Kami berjaya mencapai 60 peratus pasaran mikro di seluruh negara dengan yang aktif dengan kami adalah 93,000. Malah, dalam tempoh enam bulan pertama, kami telah meluluskan lebih 12,000 peminjam mikro.

BACA: Ketua Pemuda UMNO ucap ‘Good Luck’ kepada ADUN Rembia