Hanipa buka mulut isu dakwaan pemimpin Amanah sokong Mahathir, ketepi Anwar

Hanipa buka mulut isu dakwaan pemimpin Amanah sokong Mahathir, ketepi Anwar

Jika anda kenal pemimpin tertinggi AMANAH, anda tidak akan hentam dan kritik pimpinan AMANAH kerana kononnya tidak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai bakal Perdana Menteri dan hanya sokong Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja.

Ini kerana, ia hanya fitnah dan pemimpin AMANAH tidak akan mati hanya kerana fitnah sebegini kerana mereka sudah diuji lebih dari itu lagi, kata Mohamed Hanipa Maidin dalam tulisannya.

“Saya dengar dari jauh ada suara yang hentam dan kritik pimpinan AMANAH kerana kononnya tidak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai bakal PM dan hanya sokong Tun M sahaja.

“Saya berani kata, itu fitnah,” kata Hanipa, Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional itu.

Bagaimanapun, kata bekas timbalan menteri itu, beliau tidak mahu salahkan sesiapa dalam isu ini.

“Tapi, saya tak salahkan pada sesiapa yang ada anggapan begitu. After all , i love you all. Dan saya juga tak mahu ulas walau saya boleh insya Allah mungkin ulas berjela-jela tentang isu itu.

“Cuma sikit je saya nak kata “seandainya sesiapa ada anggapan begitu, hakikatnya, maaf, anda mungkin belum kenal sekenal-kenalnya sahabat-sahabat saya pimpinan tertingi AMANAH itu.

“Itu satu. Keduanya, tak guna jika ada yang kutuk, maki etc kat pimpinan AMANAH.. InsyaAllah tak lot.. Sebab teruk dari tu pun mereka dah biasa kena!” kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang itu.

Katanya, apa guna anda semua menghentam mereka yang yakin “Allah cukup untuk kami atas apa yang anda semua katakan!

“Wasting your time brader or sister! Maaf, saya rasa insyaAllah DSAI pun kenal sangat kat pemimpin AMANAH,” kata Hanipa.

Sejak kebelakangan ini, ada usaha dibuat untuk melagakan pimpinan AMANAH dengan pelbagai pihak termasuk dengan Anwar dan juga Tun Dr Mahathir.

Padahal, AMANAH mengambil sikap untuk menyatukan pembangkang dengan meneguhkan Pakatan Harapan menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/tak-payah-habiskan-masa-anda-fitnah-pimpinan-amanah-kata-hanipa/

COMMENTS