Hanipa alu-alukan saman Dr Kamarul, tak sabar nak beraksi di Mahkamah

Hanipa alu-alukan saman Dr Kamarul, tak sabar nak beraksi di Mahkamah

Alhamdulillah dan tqvm Dr..

Banyak tu yang kena saman dengan Dr.. Saya dengar-dengar dekat 30 orang. Satu orang Dr tuntut rm 5juta kan ? So 30 orang lebih kurang RM 150 juta. Wow, Mewa tu!

Yang saya lampir tu..nak tanya, Dr ke yang minta maaf tu ? Jika ya, kenapa Dr minta maaf ? dan kata antara lain……” kenyataan saya dalam posting Kamarul tersebut adalah tidak benar, kelihatan berunsur fitnah serta tidak berasas….” ..betul ke kenyataan itu dari Dr?

Anyway, saje nak habaq walaupun saya biasa buat kes saman fitnah tapi saya tak pernah saman walau seorang pun. Saya lebih suka maafkan.

Saya masih harap saya tak perlu pecahkan rekod itu dengan mungkin saman balik. Cuba Dr try ingat-ingat . Pernah tak dari juga ada cakap dan tulis fasal saya.

Apa pun nayalah Dr nak saman saya kes 3 tahun dulu…

Ok Dr ..good luck. Saya nak try call Sri Ram ke atau Tommy Thomas ke atau YB Govind kejap ya ..mana tahu depa nak jadi tok laya saya.. Yang saya lemah depa ni biasanya sanggup buat pro bono ( free ) untuk kes mcm ni.

Apa pun, jika tak dapat khidmat lawyer, mana tahu mungkin saya wakili diri sendiri ..best juga jika dapat cross examine orang yang saman saya ni.

Dah lama tak cross examine orang ni Dr.. Teringat masa kes Bukit Kepong dulu bila saya soal balas saksi utama, saksi minta hakim bebaskan anakguam saya – Abg Mat Sabu. Ada satu kes pula saksi kata kat saya ” saya pening lepas kena soal balas en hanipa dan dah mkn 3biji panadol. Mendiang Prof Khoo Kay Kim juga pernah habaq kat saya lepas saya soal balas dia di kandang saksi ” peguam ni bikin saya pening !”

Have fun Dr.

Sumber :

COMMENTS