Hampir sebulan di penjara Thailand, ini keadaan terkini penyanyi dikir barat Kelantan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Keadaan dan layanan terhadap banduan Malaysia di Penjara Narathiwat, Thailand, termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan

Mereka yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Penilaian ini dibuat selepas lawatan Menteri Keadilan Thailand, Tawee Sodsong, bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla

Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, yang melawat penjara tersebut baru-baru ini.

Ahmad Fahmi menyatakan bahawa layanan pihak penjara terhadap banduan Malaysia, khususnya yang beragama Islam,

Hampir sebulan di penjara Thailand, ini keadaan terkini penyanyi dikir barat Kelantan

sangat memuaskan kerana kemudahan seperti makanan halal dan ruang solat turut disediakan.

“Saya telah bertemu dengan banduan Malaysia. Alhamdulillah, keadaan mereka sihat dan berada dalam keadaan baik,” katanya kepada media pada Ahad selepas lawatan tersebut.

Kes Penyalahgunaan Dadah Masih Disiasat

Mengulas mengenai penahanan enam warga Malaysia, termasuk penyanyi dikir barat wanita Kelantan, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, Ahmad Fahmi berkata siasatan mengenai dakwaan pemilikan dadah masih diteruskan oleh pihak berkuasa Thailand.

Keenam-enam individu itu ditahan di sebuah hotel di daerah Sungai Kolok, Narathiwat, bersama 6,000 pil methamphetamine atau “pil kuda”.

Hasil ujian mendapati semua suspek positif penggunaan dadah. Penangkapan tersebut adalah sebahagian daripada operasi pihak berkuasa Thailand untuk membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di kawasan sempadan.

Pada 4 November, suspek dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, di mana kira-kira 100 individu, termasuk peminat Eda Ezrin dan ahli keluarga suspek, hadir memberikan sokongan di luar balai polis Sungai Golok.

Sokongan Sistem Keadilan Thailand

Menteri Keadilan Thailand, Tawee Sodsong, menjelaskan bahawa lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada wakil Malaysia untuk melihat sendiri sistem keadilan Thailand dan layanan terhadap banduan yang menjalani hukuman.

Menurutnya, banduan Malaysia yang memerlukan khidmat guaman boleh membuat permohonan melalui mahkamah, di mana peguam akan disediakan secara percuma.

“Setiap banduan dibenarkan bertemu sehingga 10 orang waris, sama ada secara dalam talian atau bersemuka, selama 15 minit,” jelasnya.

Tawee turut memaklumkan bahawa Penjara Narathiwat kini menempatkan 2,860 banduan, dengan 95 peratus daripadanya adalah banduan Muslim, manakala 85 peratus kes melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

BACA: Minum petang kalau kena popia sira, fuhh! Ini cara membuatnya, pasti rangup sampai malam