Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, mengumumkan bahawa
Beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu yang dijadualkan pada tahun depan.
Keputusan tersebut diumumkan Hamidin dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-13 Jawatankuasa Eksekutif FAM
Bagi Penggal 2021-2025 yang berlangsung di Wisma FAM hari ini.
Hamidin menjelaskan bahawa beliau mengambil langkah ini bagi memberi peluang kepada ahli gabungan FAM
untuk memilih presiden baharu pada kongres pemilihan yang akan diadakan pada 15 Februari 2024.
“Saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden FAM bagi penggal akan datang,” ujar Hamidin.
Pada tahun 2018, Hamidin dipilih menjadi Presiden FAM menggantikan Tunku Mahkota Ismail.
Beliau kemudian menang tanpa bertanding pada kongres pemilihan untuk penggal 2021-2025.
BACA: Abang Viva dan Aliff Syukri bekerjasama bantu mangsa banjir, tegur ahli politik