Hafiz Hamidun jadi ‘buruan’ di Indonesia, ada sampai ajak kahwin ini puncanya

Oleh AHMAD SULAIMAN

“Wajah saya kini menjadi buruan di Indonesia..”Demikian kata penyanyi yang juga komposer lagu nasyid,

Hafiz Hamidun mengenai wajahnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Indonesia.

Hafiz atau nama penuhnya Muhammad Hafiz Hamidun berkata, sehingga kini dia masih menerima

laporan polis daripada mangsa yang terlibat dalam ‘jerat cinta’ yang menggunakan wajahnya.

“Wajah saya telah digunakan oleh scammer di Indonesia. Jadi, wajah saya kini menjadi buruan di Indonesia kerana love scam, namun itu bukan saya.

Hafiz Hamidun jadi ‘buruan’ di Indonesia, ada sampai ajak kahwin ini puncanya

“Mereka menggunakan wajah saya tetapi dengan nama yang berbeza.

“Setiap hari, sehingga kini, saya masih menerima laporan polis dan tangkapan layar mengenai kes love scam. Ramai yang telah ditipu di sana,” katanya penyanyi berusia 40 tahun itu.

Menurut Hafiz, mangsa ‘love scam’ tersebut mendedahkan individu menyamar sebagai dirinya telah berjanji dan mengajak mereka berkahwin.

Tidak berdiam diri, Hafiz tampil menjelaskan bahawa individu tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.

“Mereka menggunakan wajah saya untuk menipu wang orang lain.

“Ada yang sampai berjanji untuk berkahwin, memaksa saya untuk menjelaskan bahawa semua itu hanyalah penipuan semata-mata,” katanya lagi.

Kongsi Hafiz, pada awalnya mangsa (wanita Indonesia) tidak mengenali dirinya sehinggalah ditipu dengan menggunakan wajahnya.

“Mereka mula mengenali saya dan ada yang jatuh cinta. Mereka cuba menghantar mesej (DM), tetapi saya tidak mahu bersikap terlalu kasar kerana mereka hanyalah mangsa love scam.

“Mangsa telah memberikan wang kepada scammer, dan jumlahnya dalam puluhan ribu ringgit. Selepas ditipu, watak tersebut hilang, dan mangsa mula mencari siapa saya.

“Bila mereka tahu saya penyanyi dari Malaysia, mereka terus menjadi peminat,” ujar Hafiz Hamidun.

Hafiz bagaimanapun tidak dapat membuat laporan polis di Malaysia, namun akui bimbang jika wajahnya dikaitkan dengan kes jenayah di negara jiran itu.

Setakat ini, Hafiz telah membuat laporan polis lebih daripada dua ribu akaun palsu yang menggunakan wajahnya di Indonesia.

Untuk rekod,Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017 namun telah berpisah pada bulan Oktober tahun yang sama.