Hafidz Roshdi pula didakwa curang, habis semua isteri dia dedah – “lagi teruk dari Ira Kazar”

Oleh INFORAKYAT

Hafidz Roshdi pula didakwa curang, habis semua isteri dia dedah – “lagi teruk dari Ira Kazar”.

Nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi panas apabila namanya dipetik ramai selepas tular dakwaan curang belakang isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bertambah kukuh spekulasi berkenaan apabila tiada sekeping foto isterinya di laman Instagram.

Hafidz Roshdi pula didakwa curang, habis semua isteri dia dedah - "lagi teruk dari Ira Kazar"

Tidak berdiam diri, pelakon yang berusia 29 tahun menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan rumah tangganya adalah baik-baik sahaja.

Ye ke tak curang?

Bagaimanapun, ungkapan Hafidz itu seolah-olah tidak ‘sepadan’ apabila isterinya tampil membuat naik kenyataan di hantaran Insta Stories peribadi miliknya mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Menerusi beberapa hantaran dikongsikan semula di sebuah forum hiburan, Shuhada meluahkan kekecewaan dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.

Shuhada berkata, dia ‘sangat’ berterima kasih kepada wanita berkenaan kerana tergamak merampas seorang bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka.

“Kepada awak, terima kasih sebab sakitkan hati saya dengan anak-anak yang tidak berdosa.
“Terima kasih kerana menjadi seorang perempuan yang mengambil abah kepada anak-anak saya.

“Terima kasih kerana meruntuhkan rumah tangga saya, terima kasih kerana sanggup melihat penderitaan wanita lain sebab nak ‘fight for your love,”tulisnya.

Lebih hebat dari Ira Kazar & sanggup datang rumah
Dalam hantaran berikutnya, wanita berkenaan disifatkan seakan muka tembok sehingga sanggup datang ke rumah mereka selain membuatkan dirinya dan anak-anak menderita.

Selain itu, Shuhada turut mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya menderita.

Hafidz Roshdi pula didakwa curang, habis semua isteri dia dedah - "lagi teruk dari Ira Kazar"

“Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,”luahnya.

Tambah Shuhada, wanita berkenaan lebih hebat dalam ‘ilmu menyondol’ berbanding anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang merampas kebahagiaan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana dan anak-anak.

Terdahulu, seorang aktor lelaki dikhabarkan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita dan terbongkar setelah diketahui isterinya sendiri.

BACA:

Bapa bengang anak gadisnya kerap dikecewakan, wanita ini cerita kisahnya dijodohkan dengan sepupu sendiri

“Di saat lelaki itu membuangku seperti sampah, ada yang menjagaku seperti barang berharga”, Rita Rudaini jumpa jodoh?