Hadi ziarah Najib macam Fadzil Noor ziarah Anwar dulu – Takiyuddin

Hadi ziarah Najib macam Fadzil Noor ziarah Anwar dulu – Takiyuddin

Takiyuddin Hassan menyamakan kunjungan Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke kediaman Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu disabitkan bersalah oleh mahkamah sama seperti tindakan Allahyarham Fadzil Noor menziarahi Anwar Ibrahim selepas tokoh terbabit dipecat daripada Umno.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu kunjungan sedemikian bukanlah sesuatu yang luar biasa.

“Pada satu masa dulu ketika Port Dickson (Anwar Ibrahim) dikenakan tindakan oleh parti dia dan mahkamah, presiden PAS pada masa itu (Fadzil ) telah berkunjung menziarahi Port Dickson.

“Pada masa tu bukan Port Dickson tapi (ahli parlimen) Permatang Pauh,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Liew bertanya mengenai perbuatan menghina mahkamah yang dianggapnya sebagai ‘norma baru’ dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Bekas menteri di JPM pada era Pakatan Harapan (PH) itu berkata ada ramai orang menggunakan media sosial seperti Twitter untuk mengulas keputusan mahkamah.

“Kita juga dapat lihat yang berhormat menteri yang duduk di sana (blok kerajaan) bersama menteri air (Tuan Ibrahim Tuan Man), duta bertaraf menteri ke Timur Tengah (Abdul Hadi) dan menteri komoditi (Khairuddin Aman Razali) bersama YB Pekan (Najib)…” katanya sambil memetik ciapan dibuat Takiyuddin pada hari berkenaan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537230

COMMENTS