Hadi perlu bayar RM14.4 juta akibat tarik balik saman, kata Clare

Hadi perlu bayar RM14.4 juta akibat tarik balik saman, kata Clare

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, malam tadi mendedahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihoskan oleh aktivis Iswardy Morni, bahawa Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikenakan bayaran 2.5 juta pound (RM13.3 juta) oleh firma perundangan Britain atas percubaannya untuk menyaman portal tersebut pada tahun 2019.

Ini merupakan bayaran tambahan selain RM1.4 juta yang perlu dibayar oleh Hadi dalam penyelesaian luar mahkamah untuk kos guaman Rewcastle-Brown akibat daripada penarikan saman Hadi terhadap laporan portal tersebut. Laporan tersebut mendedahkan bahawa UMNO didakwa memberikan sejumlah wang kepada PAS, yang ketika itu pembangkang, sebelum PRU 2018.

Seperti yang disebut dalam petikan video di atas, Rewcastle-Brown menjelaskan bahawa kes itu tidak pernah dibawa ke mahkamah, bercanggah dengan dakwaan Hadi bahawa PAS memenangi kes itu.

“Sebelum kes itu dibawa ke mahkamah lagi mereka sudah melarikan diri. Jadi jika mereka mengatakan bahawa mereka menang kes ini, kita serahkan saja kepada orang ramai untuk menilainya,” katanya.

Pendedahan oleh Sarawak Report pada 2018 mendakwa terdapat pemindahan wang berjumlah jutaan ringgit yang membiayai deposit untuk 160 calon parlimen dan 196 calon DUN yang bertanding di bawah tiket PAS dalam kempen pilihanraya 2018

Rewcastle-Brown menegaskan lagi bahawa dia menyimpan bukti berupa dokumen transaksi berkaitan yang menunjukkan dana dipindahkan dari UMNO ke akaun parti PAS

Sebelum pilihan raya umum 2018, PAS masih lagi pembangkang sementara UMNO pula mengetuai parti pemerintah Barisan Nasional. Parti Islam itu sebelum ini berulang kali menyatakan pendirian untuk kekal menjadi parti pembangkang yang menentang UMNO.

Menurut Rewcastle-Brown, dokumen-dokumen tersebut membuktikan kerjasama antara kedua-dua parti di mana Hadi didakwa dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional memenangi pilihanraya.

Hadi dan PAS telah mempertikaikan dakwaan Rewcastle-Brown, walaupun media tempatan mendakwa bahawa RM90 juta telah diperuntukkan untuk mengendurkan serangan PAS terhadap UMNO

Akhirnya, PAS dan UMNO membentuk satu gabungan longgar yang diberi nama Muafakat Nasional yang dibentuk tahun lepas

Berita penuh :https://talkedabout.org/2020/05/20/rm14-7m-the-total-cost-of-hadis-defeat-to-rewcastle-brown/

COMMENTS