Hadi keliru dengan perkataan demokrasi serta mengelirukan orang ramai, kata Hanipa

Hadi keliru dengan perkataan demokrasi serta mengelirukan orang ramai, kata Hanipa

Dalam tulisan di sebuah media rasmi parti ehem oleh pemimpin tertinggi parti ehem, ada tertulis ayat ini ” saya tertarik dengan mereka yang beriman dengan demokrasi sehingga melampaui batas lebih kuat dari kepatuhan kepada rukun Islam”.

To be fair, saya yakin yang beliau maksudkan beriman di situ iman dalam erti yang longgar yang bermaksud secara literal “kepercayaan” dan bukan “iman” yang kita faham bila belajar tauhid dalam erti kata تصديق بالقلب والإقرار بالسان و العمل بالاركان او بالجوارح… “membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan rukun-rukun/anggota.” .

Jika dibaca keseluruhan tulisan itu , beliau seolah-olah mengkritik mereka yang mengkritik sidang Parlimen yang begitu ringkas pada 18/5/2020 adalah ” mereka yang beriman kepada demokrasi sehingga melampaui batas…”

Ya, mungkin bagi beliau ” kami juga beriman dengan demokrasi tapi tidak melampaui batas”. Misalnya, kami juga sertai pilihanraya … maknanya kami beriman pada demokrasi, tapi kami tak melampaui batas.

Maaf lah jika saya kata, sebenarnya, bagi saya sipenulis itu “keliru dan mengelirukan” -keliru dengan lafaz “demokrasi” dan keliru juga dengan lafaz “melampaui batas”. Dan beliau juga mengelirukan orang ramai khusus ahli-ahli partinya sendiri!!!

Mengkritik sidang Parlimen yang terlalu ringkas itu ( atas alasan kononnya Covid -19 ) tidak wajar sama sekali dikatakan “beriman kepada demokrasi melampaui batas”. Hakikatnya , itu hanya meminta sekelumit sahaja dari prinsip demokrasi yang luas itu.

Sidang Parlimen yang hakiki di mana para ahli parlimen dibenarkan berdebat, berbahas, bertukar pendapat, kemuka usul, orang kata, adalah ” sine qua non” ( ciri penting ) sistem demokrasi . Dan tak ada salahnya itu semua dari sudut demokrasi, logika hatta dari kaca mata Islam.

Alasan Covid -19 itu hanyalah ” a lame excuse”. Berapa banyak negara di dunia boleh anjurkan sidang Parlimen yang ” tak ringkas” macam yang Kerajaan Tebuk Atap lakukan! Ia bukan isu beriman pada demokrasi apatah lagi melampaui batas. Ia sekadar memenuhi tuntutan demokrasi yang paling minimum!

Ia ibarat pemandu kereta meminta dibenarkan untuk mengisi petrol dalam kereta.. ia tidak melampau. Yang melampau jika pemandu minta benarkan dia untuk minum arak dan mabuk ketika pandu kereta.. Itu baru melampaui batas ! .

Sama lah ..bertanding dalam PRU bagi bentuk Kerajaan dengan mandat rakyat yang sah dan bersidang dalam Parlimen dengan adanya agenda perbahasan misalnya bukanlah ” beriman pada demokrasi yang melampau batas !”

Bentuk Kerajaan melalui pengkhianatan dengan tebuk atap baru dikira melampaui batas dan tak ketahuan dari segi demokrasi atau Islam itu sendiri!

#takkanlah lebai nak menipu !

YB Ahli Parlimen Sepang

COMMENTS