Gus Miftah buat hal lagi! Paksa penerima bantuan jalan itik sebelum ambil duit

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pendakwah terkenal Indonesia, Gus Miftah, sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas rakaman video beliau mengagihkan wang menjadi tular di media sosial.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku semasa majlis sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Ning Astuti, baru-baru ini.

Tindakan Para Santri Dikritik

Video itu mendapat perhatian ramai apabila para santri yang hadir di majlis tersebut dilihat terpaksa menunduk dan berjalan seperti itik untuk mendapatkan wang pemberian Gus Miftah

Tindakan tersebut mengundang kritikan warganet, yang mempertikaikan adab beliau sebagai tokoh agama.

Gus Miftah buat hal lagi! Paksa penerima bantuan jalan itik sebelum ambil duit

Seorang pengguna media sosial menyamakan situasi itu dengan amalan perhambaan.

“Susahnya nak dapat wang 100,000 rupiah (RM27), mirip zaman perbudakan kerana perlu berjalan membongkok seperti kera,” tulisnya.

Warganet Tidak Berpuas Hati

Seorang lagi warganet turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut.
“Kenapa perlu jalan seperti itik begitu?” katanya dalam ruangan komen.

Rakaman Ceramah Tular

Video yang dikongsikan di TikTok itu turut menunjukkan Gus Miftah, yang pernah menjadi Utusan Khas Presiden Prabowo Subianto, memberikan ceramah pada majlis tersebut.

Kontroversi Sebelum Ini

Ini bukan kali pertama Gus Miftah menjadi perhatian negatif. Sebelum ini, beliau dikecam kerana menghina seorang penjual teh ais, Sunhaji. Bagaimanapun, Gus Miftah telah memohon maaf atas kesilapannya itu.

BACA: Walaupun lahir dalam keluarga islam, pelakon veteran ini memilih untuk murtad