Guru wanita campak RM 29,000 dalam semak di Sarawak

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang guru wanita telah menjadi mangsa tipu helah ‘scammer’ sehingga sanggup membuang wang tunai

sebanyak RM29,000 ke semak berdekatan dengan pusingan P jalan di Saratok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, mengatakan dalam kejadian pada 4 Disember,

Guru wanita campak RM 29,000 dalam semak di Sarawak

guru berusia awal 30-an itu kembali ke tempat tersebut dan mendapati wang tersebut sudah tidak ada lagi.

“Pada ketika itu, mangsa baru sedar bahawa beliau telah ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, guru tersebut juga mengalami kerugian sebanyak RM125,000 selepas melakukan 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun bank ‘scammer’ dari pertengahan Oktober hingga pertengahan November 2023.

Mangsa menerima panggilan dari seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 19 Oktober.

“Maisarah dari SKMM memberitahu mangsa bahawa pihak SKMM menerima aduan daripada orang ramai yang menyatakan nombor telefon mangsa telah digunakan untuk membuat iklan palsu di sekitar Seremban.

“Kemudian, panggilan mangsa disambungkan ke beberapa individu dan diarahkan untuk membuat pemindahan ke akaun bank yang diberikan untuk kononnya siasatan oleh Bank Negara,” katanya.

Laporan polis telah dibuat oleh guru tersebut pada 5 Disember.

BACA: Pernah menang ‘Who Wants to Be a Millionaire’, ini keadaan terkini John Carpenter