Siapa yang tak geram bila kipas berhabuk? Tak kira sama ada kipas siling atau kipas berdiri, habuk yang melekat memang mengganggu mata.
Bukan itu sahaja, habuk yang menempel juga boleh menjejaskan kelajuan kipas.
Jangan risau, ada cara mudah untuk memastikan kipas anda tetap bersih tanpa perlu bersihkan setiap masa!
Dengan tip yang dikongsi oleh netizen di Facebook ini, kipas anda akan bebas habuk selama dua hingga tiga bulan.
Yang paling best, bahan yang digunakan sangat mudah dan cara nak buat pun senang!
Bahan-bahan yang diperlukan:Cuka makan
Pelembut fabrik
Air
Botol penyembur
Langkah-langkah untuk Elakkan Habuk Melekat:
Bersihkan Kipas Secara Biasa
Mulakan dengan membersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. Pastikan semua debu dibersihkan terlebih dahulu.
Campurkan Bahan
Ambil cuka makan, pelembut fabrik, dan air dengan nisbah 1:1:1 untuk setiap bahan. Campurkan semua bahan dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
Masukkan ke dalam Botol Penyembur
Setelah bahan dicampurkan, masukkan campuran ini ke dalam botol penyembur agar mudah digunakan.
Sembur Campuran pada Kipas
Semburkan campuran tadi secara rata pada bilah dan jaring kipas. Pastikan semua bahagian terkena semburan.
Biarkan Sejenak
Biarkan selama 5 minit. Setelah itu, lap kipas dengan kain lembab untuk membersihkan sisa semburan.
Keringkan Kipas
Biarkan kipas kering sebelum menghidupkannya. Selepas kering, kipas anda sudah siap digunakan dan bebas daripada habuk!
Ulangi Setiap 2-3 Bulan
Lakukan cara ini 2 atau 3 bulan sekali. Jangan harap habuk tak melekat sampai setahun, tapi dengan cara ini, anda akan dapat menikmati kipas yang lebih bersih dan tahan lebih lama!
Dengan tip mudah ini, kipas rumah anda akan sentiasa bersih tanpa perlu dibersihkan setiap minggu. Jadi, tak perlu risau lagi tentang habuk yang melekat!
BACA: 6 kedai makanan patut anda terjah jika melancong ke Hong Kong