Guna 4 tips power ini kalau anda masak nasi lemak guna rice cooker

Oleh INFORAKYAT

Guna 4 tips power ini kalau anda masak nasi lemak guna rice cooker. Hidangan nasi lemak menjadi kegemaran ramai tanpa mengira kaum. Walaupun hidangan ini simple sahaja, tapi tak ramai yang dapat menghasilkan nasi lemak power seperti di kedai.

Sebenarnya, kalau anda nak tahu, nak buat nasi lemak ni kena tahu petua supaya menjadi elok dan tidak mengecewakan.

Tak boleh main buat kerana pasti tidak menjadi dan akhirnya kecewa tak dapat makan nasi lemak.

Jadi, kami kongsikan untuk anda kalau masak nasi lemak guna rice cooker, kena ikut 4 tips di bawah ini. Barulah macam beli di kedai!

Guna 4 tips power ini kalau anda masak nasi lemak guna rice cooker

KALAU NAK MASAK NASI LEMAK GUNA RICE COOKER, KENA IKUT 4 TIPS INI
1. Rendam beras sebelum masak

NASI LEMAK

Salah satu tips untuk menjadikan nasi lemak lembut adalah dengan merendam beras terlebih dahulu sebelum memasakkannya.

Selepas di basuh, rendamkan sekitar 10 minit .Kemudian, terus toskan dan masak seperti biasa.

NASI LEMAK

2. Elak nasi lemak mentah dalam rice cooker

Cara memasak nasi lemak guna rice cooker tak banyak bezanya dengan atas api. Ada yang masukkan santan sekali dengan halia, daun pandan dan garam terus. Kalau nak masukkan apabila nasi mula nak lering pun boleh.

Seelokknya, lebihkan sedikit air berbanding memasak nasi biasa. Mungkin ada yang menghadapi masalah nasi tak cukup masak walaupun butang ‘ cook’ dah bertukar ‘ warm’. Sekiranya ini berlaku, ada beberapa perua yang boleh anda lakukan:

– Mula-mula kaiskan sedikit nasi tersebut, kemudian, letak sebuah cawan berisi air panas yang di campur sedikit garam di dalam rice cooker. Tutup semula rice cooker dan biarkan selama 10-20 minit.

– Kacau nasi, ambil daun pisang / plastik dan tutup bahagian atas nasi. Renjiskan sedikit air dan biarkan lama sedikit dalam mod ‘ warm’.

– Selain daripada cara- cara ini, boleh juga mengukus semula nasi tersebut menggunakan pengukus.

3. Petua nasi lemak lembut

Salah satu tip masak nasi lemak yang lembut adalah dengan mencampurkan sedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi. Tak kisahlah sama ada nak masukkan awal-awal atau apabila nasi hampir kering.

Tips ke dua adalah dengan menggunakan halia yang di titik sebesar ibu jari. Anda boleh menggunakan kedua-dua cara ini untuk mendapatkan butiran nasi yang cantik, lembut dan berderai. Tapi, jangan gaul nasi banyak kali semasa masak ya.

4. Nasi lemak wangi dan harum

Biasanya kita akan ikat daun pandan untuk di masukkan ke dalam rice cooker. Kalau anda nak cuba sesuatu yang berbeza, boleh kisarkan daun pandan dan dapatkan patinya untuk di masukkan ke dalam nasi lemak yang sedang di masak.

Selain itu boleh gunakan beberapa batang serai untuk menambahkan lagi keharummannya. Selamat mencuba!

BACA:

Jadi kawasan jual barang tiruan, USA masukkan Petaling Street dalam senarai ‘blacklist’

Laju betul dia buat! Rumah ini berjaya diubahsuai dalam masa 1 hari dengan modal RM2000 je..