Grand Coalition pembangkang : Pemuda Amanah sambut baik pendirian Salahuddin

Grand Coalition pembangkang : Pemuda Amanah sambut baik pendirian Salahuddin

Pemuda Amanah Pasir Mas menyokong penuh kenyataan Tim Pres kami, YB Salahuddin Ayub, supaya direalisasikan aspirasi Grand Coalition Pembangkang.

Dalam keadaan segala kemudharatan kepada rakyat yang telah dan sedang dilakukan oleh Kerajaan PN-BN/PAS/PPBM- maka kami melihat, aspirasi Grand Coalition ini adalah yang paling tepat, demi mengembalikan keyakinan dan harapan rakyat, yang telah mengenepikan kesemua kepentingan politik sempit demi semata2 menegakkan negara Malaysia Baru yang bersih daripada salahguna kuasa dan rasuah.

Pemuda Amanah Pasir Mas, dengan menyedari bahawa dalam kalangan Pakatan Harapan pun sedang menguruskan perbezaan2 yang ada, berpendapat bahawa walau apa jua perbezaan yang ada, ianya tidak dapat menafikan bahawa mudharat yang besar yang perlu dihadapi bersama adalah rasuah, salahguna kuasa dan inkompetensi dlm pentadbiran negara. Ini bukan masanya untuk kita saling mengutamakan kepentingan parti sendiri, melebihi kepentingan rakyat.

Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan sebelum ini, untuk menentang segala bentuk kezaliman, dwi standard, fahaman ekstremis, demi untuk kesejahteraan rakyat terbanyak. Maka, adalah amat malang jika disaat genting ini, diketika rakyat amat2 memerlukan Pakatan pembangkang yang kuat untuk kembali mentadbir, kita Pakatan Harapan masih gagal untuk berjiwa besar mengenepikan segala perbezaan, hanya semata2 kepentingan kelompok sendiri.

Pakatan Harapan harus kembalikan semangat konsensus, dasar asas yang mengikat kesemua parti atas matlamat yg sama, demi rakyat. Kemudi utama Pakatan Harapan juga harus sedar, mengambil dan menerima drpd nasihat yg benar daripada sahabat2 seperjuangan yg telah lama Setia bersama, bukannya memilih utk menerima nasihat drp mereka2 yg berkepentingan.

Semoga Pakatan Harapan kembali kepada dasar perjuangan bersama, menjunjung konsensus demi mencapai yg terbaik buat rakyat. Semoga Pakatan Harapan menjadi tali pengikat yg kukuh, mengikat semua pihak yg bencikan kleptokrasi dan inkompetensi dlm satu pasukan yg kukuh.

Semoga Pakatan Harapan terus menerus menjunjung tinggi semangat syura, bermusyawwarah dlm membuat keputusan, dan sama2 memikul beban tanggungjawab keputusan syura secara bersama. Jangan sesekali biarkan kesilapan besar menyalahi syura, seperti yang berlaku dalam peristiwa undian belah bahagi sidang parlimen tempohari berlaku lagi. Rakyat sedang menuntut jiwa besar drp kesemua kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Muhammad Zulhilmi bin Zamri
Ketua Pemuda
Amanah Kawasan Pasir Mas
Isnin, 14 Dec 2020

Sumber :

COMMENTS