‘GISB banyak baiknya dari buruk’ Betty Banafe minta netizen tidak tergopoh-gapah buat andaian

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Demikian kata pelakon Betty Banafe mengenai isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB)

Ada yang dilaporkan mengekspoitasi penghuni berusia antara setahun hingga 17 tahun.

Aktres berusia 45 tahun itu menyatakan bahawa orang ramai tidak wajar sewenang-wenangnya

menjatuhkan hukuman terhadap GISB berhubung kontroversi yang melanda syarikat tersebut.

Menurutnya, kesalahan tersebut seharusnya diletakkan pada individu yang terlibat dan bukannya kepada keseluruhan organisasi.

'GISB banyak baiknya dari buruk' Betty Banafe minta netizen tidak tergopoh-gapah buat andaian

Dia juga berharap agar masyarakat tidak mudah membuat andaian, sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus mengenai kes tersebut.

“Bagi saya, GISB banyak kebaikannya daripada keburukannya. Saya ingin mengingatkan semua bahawa setiap dugaan itu ada sebabnya. Fokuslah kepada individu yang melakukan kesalahan, jangan hukum keseluruhan persatuan atau syarikat itu,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe meluahkan rasa bangga dengan kewujudan GISB kerana memberikan imej yang kuat dalam ekonomi yang dikuasai oleh pengamal agama Islam.

Tegasnya lagi, orang ramai diminta untuk tidak terburu-buru membuat andaian buruk kerana itu adalah sesuatu yang tidak disukai Tuhan.

Katanya, pihak GISB pernah membantu salah seorang kenalannya yang hidup susah akibat ditipu seseorang semasa di Eropah dan tidak mampu pulang ke Malaysia.

“Saya bukan ahli GISB, tetapi kerana rangkaian mereka yang besar di luar negara, mereka telah membantu pengadu yang kesusahan itu ketika saya menghubungi mereka,” jelasnya.

BACA:  4 jam tunggu ambulans, lelaki meninggal dunia, rupanya Hospital tak cukup kakitangan bertugas