Giliran Ahli Parlimen Sri Gading dipecat Bersatu

Giliran Ahli Parlimen Sri Gading dipecat Bersatu

Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perkara itu disahkan oleh Setiusaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dalam kenyataan media, hari ini.

“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu.

“Oleh yang demikian, adalah dimaklumkan bahawa keahlian beliau (Sharuddin) terhenti secara serta merta menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Sharuddin meletak jawatan sebagai menteri kerja raya.

Berita penuh :

https://www.malaysiakini.com/news/535133

COMMENTS