Genap 10 bulan Najib Razak dipenjarakan, keadaan terkini bekas Perdana Menteri ke-enam mengejutkan ramai

Oleh INFORAKYAT

Genap 10 bulan Najib Razak dipenjarakan, keadaan terkini bekas Perdana Menteri ke-enam mengejutkan ramai

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi layanan istimewa di Penjara Kajang.

Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad berkata semua kakitangan Jabatan Penjara tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan banduan.

Genap 10 bulan Najib Razak dipenjarakan, keadaan terkini bekas Perdana Menteri ke-enam mengejutkan ramai

“Kami memberikan layanan yang sama kepada setiap banduan dan tidak timbul soal berat sebelah.

“Najib sedang menjalani hukuman penjara dan perlu mematuhi Akta Penjara 1995,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada Selasa.

Nordin berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota yang memberi layanan istimewa kepada mana-mana banduan.

“Kita perlu menghormati kedaulatan undang-undang. Pegawai penjara tidak mempunyai kuasa untuk memberi layanan istimewa.

“Kami diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang,” katanya lagi.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

BACA:

“Tanah kubur ayah pun merah lagi, tiba-tiba ada orang datang rumah nak hantar ‘something’ dari ayah”