Gempar !!! Syarat baru Umno buat Muhyiddin dalam dilema

Gempar !!! Syarat baru Umno buat Muhyiddin dalam dilema

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin berdepan dilema dalam memenuhi syarat yang akan dikemukakan UMNO kelak.

Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, ia termasuk tekanan melibatkan individu-individu di dalam UMNO yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan kekalkan prinsip integriti dan meletakkan kerajaan PN yang menghormati Perlembagaan.

“Malah, Muhyiddin juga mengatakan bahawa beliau tidak akan berkompromi terhadap isu integriti.

“Namu, apabila Muhyiddin berdepan tuntutan daripada UMNO ini, jelas menunjukkan bahawa beliau berdepan situasi dilema sama ada menerima tuntutan UMNO atau ambil sikap mencari pilihan lain seperti mungkin berunding dengan proksi lain,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ujarnya, kerajaan PN juga ketika ini memerlukan sokongan daripada UMNO yang mendominasi kerusi Parlimen dalam gabungan tersebut.

“Mereka juga perlukan kerjasama dan sokongan daripada UMNO sebagai parti yang mempunyai bilangan anggota Parlimen yang banyak untuk mengukuhkan kerajaan PN.

“Saya jangkakan, fenomena buat tuntutan dalam PN ini akan berterusan pada masa akan datang.

“Kerajaan PN tidak mampu bertahan lebih lama dan mungkin akan ada satu bentuk perundingan dengan lain-lain proksi dalam politik Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau melihat perlu satu perundingan yang telus diadakan bagi mengelak sebarang pertikaian antara parti komponen PN pada masa akan datang.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/penuhi-syarat-umno-muhyiddin-dijangka-berdepan-dilema-penganalisis-264155

COMMENTS