Gempar !!! PH dipanggil menghadap Agong, kata laporan

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta bersiap sedia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu, susulan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Seorang pemimpin pembangkang yang enggan dinamakan berkata, pemimpin PKR, DAP dan Amanah dimaklumkan mengenai pertemuan itu hari ini.

Tiada butiran mengenai bila mereka akan dipanggil ke Istana Negara. FMT sedang mendapatkan pengesahan pertemuan itu daripada pegawai Istana Negara.

ph

Pada Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong menjalankan satu siri rundingan dengan pemimpin parti politik susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad dan kejatuhan kerajaan PH.

Kerajaan baharu kemudiannya ditubuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan sekutunya dalam PN.

Muhyiddin melepaskan jawatan perdana menteri bersama Kabinetnya hari ini, selepas mendapati beliau hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Antara individu yang disebut-sebut untuk menggantikan Muhyiddin ialah Timbalan dalam Kabinet yang juga Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi PH dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, ialah calon utama pembangkang, tetapi beliau memerlukan sokongan Mahathir dan Presiden Warisan, Shafie Apdal untuk mendapat peluang itu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/16/agong-panggil-ph-menghadap-berkait-kerajaan-baharu/

BACA JUGA : Bukan lagi Menteri, Zulkifli akan kembali menulis buku

CATEGORIES