GEMPAR !!! PASTI tiada dalam senarai asal penerima kutipan Tabung Musa’adah Covid-19

GEMPAR !!! PASTI tiada dalam senarai asal penerima kutipan Tabung Musa’adah Covid-19

Hari ini kita dihidangkan dengan berita dari JAKIM bahawa Timbalan Menteri JPM (Hal Ehwal Islam) menyerahkan sumbangan berjumlah RM 100 ribu kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang merupakan sebuah agensi dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang persoalan orang ramai kerana tidak sewajarnya wang tersebut disalurkan secara terus kepada agensi di bawah parti politik. Tambahan pula timbalan menteri adalah dari parti yang sama.

Mengimbau kembali tujuan penubuhan Tabung Musa’adah Covid-19 ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan ke tabung berkenaan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (16027010001528) atas nama Tabung Bencana Alam dengan rujukan derma Covid-19.

Beliau berkata, sumbangan itu bertujuan membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 khususnya penjawat awam dan pegawai kader Jakim yang bertugas di hospital semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sumbangan ini juga diharap membantu petugas di pusat kuarantin dan mereka yang terjejas secara langsung kepada jangkitan seperti pasukan pengurusan jenazah, tukang mandi jenazah, pemandu van jenazah dan penggali kubur dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ahli keluarga mangsa,” katanya pada sidang media sempena pelancaran tabung itu, hari ini.

Zulkifli turut menyeru seluruh agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (Main) badan bukan kerajaan, masjid dan surau untuk sama-sama menggerakkan kutipan Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim.

Seperti dilaporkan dalam :  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557888/jakim-lancar-tabung-musaadah-covid-19.

Ini jelas menunjukkan PASTI tidak termasuk dalam senarai penerima asal tabung ini. Persoalannya juga, jika PASTI boleh terima mengapa tadika lain yang sedang bergelut dengan masalah kewangan kerana Covid-19 tidak menerima sumbangan yang sama?

COMMENTS