Gempar !!! MP Pembangkang dan beberapa MP kerajaan sedia muafakat bentuk kerajaan lebih stabil

Gempar !!! MP Pembangkang dan beberapa MP kerajaan sedia muafakat bentuk kerajaan lebih stabil

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bersedia untuk bekerjasama bagi membentuk pentadbiran negara yang lebih stabil.

Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, kesediaan untuk bekerjasama adalah semata-mata kerana mahu membela nasib dan kepentingan rakyat.

“Saya nak umumkan disini, selain daripada warkah Yang di-Pertuan Agong (merayu Seri Paduka menggugurkan pengisytiharan darurat) daripada pembangkang (terdapat juga) dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan (mengutus warkah).

“Ini menunjukkan kesediaan kita bermuafakat, bekerjasama untuk membentuk satu pentadbiran lebih stabil dan menjaga kepentingan rakyat itu mengatasi kepentingan politik kepartian khusus yang terbatas,” katanya dalam sidang media secara dalam talian menerusi Facebook rasminya pada Rabu.

Sebelum ini, Presiden PKR itu meminta semua Ahli Parlimen untuk mengutuskan warkah memohon Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat dan menitahkan sidang Parlimen dalam kadar segera. – AA