Gempar !!! Mengamuk kerana gaji ciput, pekerja J&T baling barangan pelanggan

Gempar !!! Mengamuk kerana gaji ciput, pekerja J&T baling barangan pelanggan

Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.

Difahamkan, mereka mogok akibat masalah gaji.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh J&T Express.

Rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan kerana ia membawa masalah kepada penjual serta menganiaya pelanggan yang tidak bersalah.

Sumber : http://asamboi.net/kecoh-tular-video-pekerja-jt-mogok-baling-parcel-customer-tak-puas-hati-isu-gaji/