Gempar !!! Mahathir umum akan sokong Najib sekiranya…

Gempar !!! Mahathir umum akan sokong Najib sekiranya…

Dr Mahathir Mohamad menawarkan bantuan kepada seterunya, Najib Razak, dengan berkata beliau akan menyokongnya jika Ahli Parlimen Pekan itu mengambil tindakan atas dakwaan terhadap bapanya, Abdul Razak Hussein.

Ketiga-tiga mereka adalah bekas perdana menteri Malaysia.

Mahathir berkata, beliau akan “menyokong” Najib jika mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersirat dalam buku bekas peguam negara Tommy Thomas yang mendakwa Razak sebagai dalang rusuhan kaum pada 1969.

Dalam hantaran di Facebook, Mahathir berkata Najib harus memfailkan saman terhadap Thomas kerana memfitnah Razak, pemimpin Melayu yang disegani.

“Kalau yang ini, saya akan sokong dia,” katanya, membawa dimensi baru dalam pertengkaran berpanjangan antara kedua-duanya.

Thomas, dalam bukunya baru-baru ini, mengaitkan rusuhan berdarah 13 Mei dengan rampasan kuasa oleh Razak, perdana menteri kedua negara.

Mahathir juga memberitahu Najib supaya menyiapkan “fakta yang relevan” untuk menarik Thomas ke mahkamah kerana mengaitkan Ahli Parlimen Pekan itu dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam bukunya.

Hantaran Ahli Parlimen Langkawi itu, adalah yang terkini dalam “pertempuran” antara mereka di media sosial yang bermula selepas Najib mentertawakan dakwaan Mahathir dalam satu wawancara, beliau tidak campur tangan dalam badan kehakiman negara ketika kali pertama menjadi perdana menteri.

Ini menyebabkan Mahathir meminta Najib fokus pada kes rasuah 1MDB yang dihadapinya. Beliau turut menyentuh kenyataan anti-Cina yang didakwa dikeluarkan oleh Najib.

Sebagai respons, Najib menolak tuduhan itu, dengan menegaskan beliau sudah menafikan tuduhan itu beberapa kali, termasuk di Dewan Rakyat.

Mahathir berkata, hari ini beliau menerima penafian Najib. “Saya juga sudah banyak kali nafi tuduhan saya mencampuri badan kehakiman.”

Najib berkata, beliau akan menyaman Thomas kerana apa yang didakwanya adalah kenyataan fitnah yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya. Umno juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan rampasan kuasa Razak.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/11/dr-m-sedia-bantu-najib-dalam-saman-13-mei/