Gempar !!! Kes pertama Covid-19 dikesan libatkan VTL darat Malaysia-Singapura

Satu kes positif Covid-19 dikesan di pintu masuk negara ini pada hari pertama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dibuka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes positif itu dikesan pagi tadi menerusi saringan yang dibuat di pintu masuk.

“Kita buat semua keputusan bersandarkan sains, justeru kementerian (Kementerian Kesihatan) tegas untuk tetap melaksanakan saringan apabila mereka tiba di pintu masuk negara.

Kes pertama Covid-19 dikesan libatkan VTL darat Malaysia-Singapura

Kementerian Kesihatan tegas mahu melaksanakan saringan apabila pengembara tiba di pintu masuk negara bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat ditangani sepenuhnya.

“Walaupun mereka yang masuk menerusi VTL dikehendaki membuat saringan 72 jam sebelum hari perjalanan, tetapi ia masih membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Khairy berkata, langkah itu adalah bagi memastikan penularan jangkitan, termasuk daripada risiko varian baharu, Omicron dapat ditangani sepenuhnya.

Terdahulu, perkhidmatan bas yang membawa pengembara VTL darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat pukul 7.30 pagi tadi.

Untuk permulaan, ia melibatkan seramai 1,440 orang (satu hala) dengan 64 trip sehari menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah (Causeway Link) (Malaysia) dan Transtar (Singapura).

BACA JUGA : Whatsapp Group warga emas jadi ancaman pemberian dos penggalak – KJ
Panas !!! Iswardy Morny digantung keahlian PKR

CATEGORIES