Gempar !!! Isteri siap buat tahlil untuk suami korban pesawat Sriwijaya, rupanya suami melencong dengan skandal ke tempat lain

Indonesia kini sedang berkabung dengan tragedi jatuhnya pesawat Sriwijaya Air SJ 182 pada hari Sabtu, 9 Januari lalu. Difahamkan, semua 62 orang yang terdiri daripada 50 penumpang dan 12 orang kru tewas.

Namun, disebalik musibah yang menimpa, ada kisah lucu dan wajar di ambil pengajaran kepada mereka yang sudah berumah tangga.

Memetik laporan berita Padang Kita, seorang lelaki yang diberi nama sebagai bos besar telah mengaku kepada isterinya bahawa dia akan ke Pontianak dari Jakarta untuk tujuan perniagaan.

 

Dia juga memberitahu isterinya bahawa dia akan menaiki pesawat Sriwijaya Air pada hari Sabtu, 9 Januari yang dijadualkan berlepas pada pukul 2.00 petang.

Bagaimanapun, temberangnya diketahui apabila berita mengenai jatuhnya pesawat Sriwijaya Air mula dilaporkan oleh media tempatan. Lelaki itu akhirnya mengaku bahawa dia tidak ke Pontianak, tetapi sebenarnya ke Bali untuk menemui wanita simpanannya.

Kisah ini turut dimuat naik oleh akaun  @Thojenk melalui aplikasi TikTok pada hari Isnin, semalam. Difahamkan, dia ke Bali untuk bercuti dan menyambut ulang tahun dengan perempuan simpanannya.

“Sekarang dia bingung mahu kembali ke rumah atau tidak, kerana di rumah [isterinya] sudah menyediakan kerusi dan khemah untuk para tamu yang datang untuk berkabung,” tulisnya akaun TikTok tersebut.

Di satu sudut yang lain, isterinya dilaporkan bersyukur kerana dia tidak menjadi korban terjatuhnya pesawat Sriwijaya Air. Manakala di sudut yang lain, temberang suami akhirnya ‘kantoi’ dengan isterinya.

Berita ini telah mendapat perhatian netizen di TikTok, ada yang menyatakan bahawa kisah curang lelaki ini akhirnya dipaparkan secara umum. Manakala yang lain pula mengatakan bahawa pulang atau tidak, dia sudah lama mati dengan isterinya.

Sumber : https://www.thevocket.com/tipu-isteri-ke-pontianak-naik-pesawat-sriwajaya-air-lelaki-ini-rupanya-ke-bali-dengan-skandal/

COMMENTS