Gempar !!! Hanya 13 ahli parlimen bangun desak pengundian belah bahagi belanjawan

Gempar !!! Hanya 13 ahli parlimen bangun desak pengundian belah bahagi belanjawan

Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Ketika semakan dibuat kakitangan Dewan Rakyat hanya 13 ahli parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.

Bagaimanapun pengundian hari ini adalah kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sokongan yang diberikan hari ini dibuat selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak.

Untuk rekod ada beberapa cara sesuatu usul itu diterima atau ditolak.

Mengikut peraturan speaker terlebih dahulu akan bertanya sokongan pihak yang setuju sebelum menguji undian suara mereka yang tidak bersetuju.

Sekiranya terdapat lebih banyak suara ahli parlimen yang bersetuju, undian akan diluluskan.

Namun, mana-mana ahli parlimen boleh mempertikaikan keputusan tersebut dengan meminta undian secara en bloc – atau belah bahagi – dibuat.

Bagaimanapun ia memerlukan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen menyokongnya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552645

COMMENTS