Gempar !!! Dunia saham Amerika kecoh apabila pelabur kecil bersatu hati kenakan si ‘jerung’

Gempar !!! Dunia saham Amerika kecoh apabila pelabur kecil bersatu hati kenakan si ‘jerung’

Pasaran saham Amerika kecoh sejak semalam apabila pelabur institusi di “Wall Street’ mengalami kerugian teruk akibat tindakan pelabur-pelabur runcit yang | bersatu hati. Portal Reddit, media sosial, dan Elon Musk menjadi punca perkara dianggap mustahil ini berlaku. Semua ini berlaku melalui aktiviti jual beli saham melibatkan syarikat GameStop (GME), peruncit permainan video yang terkenal.

Sangat sukar untuk merumuskan apa yang sedang berlaku dengan GME, kerana situasi sedang berubah s seiring dengan pergerakan saham yang tidak menentu. -Namun, artikel ini akan cuba menerangkan perkara yang paling penting untuk difahami mengenai GameStop dan aktiviti ‘short selling yalkg menyebabkan kerugian yang besar kepada beberapa pemain besar..

Keadaan ini juga telah mendapat pethatian yang serius oleh pasukan ekonomi Presiden Biden dan Setiausaha Perbendaharaan AS. Janet Yellen yang bertindak
“memantau keadaan,” kata setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki pada hari Rabu.

Harga saham GameStop, yang ditutup tinggi pada hari Rabu pada $ 347.51 (naik hampir 2000% dalam tempoh kurang sebulan) tidak mencerminkan potensi atau kedudukan syarikat itu. Hal ini terjadi hanya disebabkan kerana perang yang meletus antara “pelabur runcit” (peniaga sehari-hari, atau orang biasa) dan pelabur institusi (firma Wall Street besar).

Hedge fund atau pelabur institusi ini, kononnya para profesional, telah bertaruh terhadap saham GameStop menggunakan teknik perdagangan yang disebut ‘Short selling’ — mereka membuat keuntungan apabila harga saham jatuh. Pelabur runcit pula, yang telah berpakat secara organisasi di ruangan portal subreddit r / WallStreetBets, bertindak memegang saham GameStop yang mereka miliki dan enggan menjualnya — walaupun nilai saham tersebut telah meroket sehingga sebahagian dari mereka telah untung berjuta-juta dolar di atas kertas — dengan tujuan untuk mengenakan pelabur Hedge fund yang ‘short selling’.

Pertempuran itu dimulakan dengan sungguh-sungguh minggu lalu, ketika pengguna di portal Reddit r / WallStreetBets telah terus membeli saham ketika pelabur utama dari institusi (atau jerung) yang mengawal penawaran saham GameStop mula bertindak ‘short selling’ saham tersebut. Tindakan ‘short selling’ menguntungkan jika pemegang-pemegang saham menjual pegangan saham mereka, namun sebaliknya yang berlaku apabila mereka tidak menjual. Keadaan itu memaksa bank-bank pula terpaksa membeli stok saham tersebut untuk menanggung kerugian pertaruhan ‘short selling’ yang tidak dipenuhi kerana pemegang-pemegang saham runcit yang telah berpakat di Reddit enggan menjual.

“Group of apes” dalam situasi ini adalah sekumpulan pelabur runcit yang diatur di bawah subreddit r / WallStreetBets, yang berjumlah lebih dari 2juta ‘ pelanggan. Minggu lalu, salah seorang dari mereka menyedari bahawa GameStop berada dalam posisi “floating negatif “. Ini bererti bahawa jumlah “short selling” — iaitu saham yang dipinjamkan kepada pelabur yang nanti perlu dikembalikan — sebenarnya lebih besar daripada jumlah saham yang tersedia untuk diperdagangkan.

“Kemungkinan tidak ada unit saham asli yang dikeluarkan oleh GameStop yang berbaki di pasaran,” tulis pengguna tersebut. “[Saham] yang anda, saya, dan Ipengguna lain] miliki adalah saham yang terhad. […]Tidak mungkin [short seller] berjaya. Mereka hanya akan dimaksa membeli semula saham pendek mereka, kerana telah melebihi 100%, tidak ada cara lain untuk melepaskan diri, kecuali jika institusi menjual semua yang mereka miliki ke pasaran terbuka.”

Dengan kata lain, semakin lama orang di r / WallStreetBets memegang stok

GameStop mereka, semakin tinggi harganya. Adakah Gamestop terlibat dengan komplot ini? Tidak. Komunikasi terakhir syarikat dengan pelabur adalah melalui laporan pada 11 Januari mengenai hasil penjualan 2020 (jumlah penjualan turun 3.196 dari tahun 2019).

Namun, pada hari yang sama, GameStop mengumumkan bahawa Ryan Cohen, seorang pelabur terkenal yang membeli 10% saham dalam syarikat itu, telah bergabung dengan board of directors, bersama dengan dua sekutunya. Ini menyebabkan lonjakan awal dalam harga saham GameStop, kerana Cohen pada bulan November menulis sebuah surat yang menjgngkelkan, menekan board of directors syarikat itu. Peniaga kecilan menyukainy a, melihat Cohen sebagai penyelamat lalu mereka membeli saham secara beramai-ramai. Bank pelaburan berpendapat tindakan pelabur runcit amatur tersebut bakal memakan diri, dan bertaruh sebaliknya.

Antara syarikat Hedge Fund yang terkesan teruk adalah Melvin Capital. CNBC tidak dapat mengesahkan berapa besar kerugian yang sebenarnya diambil oleh Melvin Capital, tetapi menyatakan bahawa syarikat itu mengambil infusion tunai $ 2.75 bilion dari dua bank pelaburan untuk memastikan dirinya dapat dilindungi. Gabe Plotkin, pengurus Melvin, memberitahu CNBC bahawa
palsu.

Hasil dari situasi ini pelabur runcit di Reddit WallStreetBets, mendedahkan N keuntungan portfolio mereka telah meroket sehingga ke tujuh angka. Namun mereka masih belum menjualnya dan optimis harga saham tersebut akanmelambung ke bulan, Marikh, atau alam cakerawala yang lain.

Situasi ini tidak terhenti di sini saja. Malah pelabur-pelabur runcit pengguna WallStreetBets yang bersatu hati ini juga menyasarkan saham-saham yang lain seperti saham AMC, Blackberry, dan Bed Bath & Beyond dan berharap dapat memperoleh keuntungan yang serupa.

Dalam buletin Bloomberg pada hari Selasa, Matt Levine menulis: “Ini mungkin tidak sah, tetapi jelas tidak menyalahi undang-undang, dan jika Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) ingin mengejar WallStreetBets, mereka terpaksa membuat banyak kerja selain melangkaui apa yang pernah dilakukan selama ini.

Namun kejadian ini telah disambut gembira oleh ramai orang terutama pengguna media sosial yang menvifathan ‘hapitahs’ perlu diajar kerana selama ini telah menindas orang-orang awam! –Intraday