Gempar !!! Duit KWSP dan PNB digunakan untuk beli 150,000 laptop dijanji kerajaan PN

Gempar !!! Duit KWSP dan PNB digunakan untuk beli 150,000 laptop dijanji kerajaan PN

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenapa dana Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) antara syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang dilaporkan terbabit bagi program pemberian komputer kepada 150,000 pelajar.

Najib berkata, adalah tidak wajar Putrajaya menggunakan wang rakyat untuk suatu inisiatif yang sepatutnya dibayar dari bajet kerajaan Persekutuan. Baginya, adalah lebih baik sekiranya dana dari Khazanah Nasional Berhad dan Petroliam Nasional Bhd digunakan.

“Kenapa pula duit simpanan ASB dan KWSP rakyat disasar dan digunakan pula untuk inisiatif kerajaan yang sepatutnya dibayar dari bajet kerajaan? Dalam tempoh Pakatan Harapan, hampir RM40 bilion aset daripada aset bersih RM116 bilion dibina BN dijual Khazanah.

“Dan dalam tempoh tujuh bulan selepas PN ambil alih kerajaan, aset sebanyak RM8 bilion lagi juga dijual Khazanah. Wang hasil jualan aset negara sudah ke mana? Dana dari Khazanah dan Petronas sudah cukup,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Yayasan Hasanah, sebuah entiti Khazanah Nasional Bhd, akan menyediakan komputer riba, tablet dan kesambungan data kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi inisiatif Cerdik mulai bulan depan.

Cerdik, inisiatif rintis yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu pelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah.

Malah katanya, usaha berkenaan melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta daripada 13 GLIC dan GLC seperti Khazanah, PNB, KWSP dan Petroliam Nasional Bhd.

Najib bagaimanapun berkata, adalah tidak adil serta tidak patut sekiranya Putrajaya menggunakan tabung simpanan rakyat seperti PNB dan KWSP, sekiranya ini diumumkan sebagai antara inisiatif yang akan dilaksanakan kerajaan.

“Khazanah dan Petronas patut segerakan bayaran dan pembelian 150,000 komputer tersebut sebab kelas-kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian sudah bermula,” katanya. –FMT