Gempar !!! Dalam diam Umno rancang tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Gempar !!! Dalam diam Umno rancang tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Pemuda Umno menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya calon Ketua Menteri Sabah tidak dilantik dari parti itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, BN telah dijanjikan kerusi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 26 September lalu.

Katanya, ia sebagai balasan kerana BN melepaskan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu kepada ADUN yang melompat menyertai Bersatu.

“Malangnya madu diberi, tuba dibalas. Janji dimungkiri atas alasan PN lebih tiga kerusi.

“Perikatan Nasional menang 17 kerusi dan Barisan Nasional 14. Dan ini telah dijadikan alasan untuk melantik Ketua Menteri dari Bersatu.

“Apakah Bersatu lupa bahawa di Perak, PN hanya mempunyai lapan kerusi berbanding BN 25, namun yang menjadi MB (Menteri Besar) adalah dari Bersatu?,” soalnya dalam satu hantaran Facebooknya semalam.

Sementara itu, Nazir Hussin juga mendakwa PN dengan pantas telah menarik dan membawa masuk calon-calon bebas yang menewaskan calon BN untuk mengukuhkan Bersatu.

Menurutnya, ketika ini bukan soal Umno tamakkan kuasa mahupun tidak mahu berkongsi kuasa.

Namun katanya, perkongsian kuasa tidak berguna sekiranya ia tidak menghasilkan keadilan.

“Justeru jika esok Ketua Menteri Sabah dari Bersatu, maka sewajarnya ahli-ahli Parlimen BN memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN.

“Penarikan sokongan akan membawa kepada pembubaran Parlimen. Dalam keadaan kerajaan yang tidak stabil dengan majoriti tipis, pembubaran Parlimen adalah satu langkah yang perlu dipertimbangkan bagi mengembalikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi,” katanya lagi.

Berita penuh : https://themalaysialife.com/isu-km-sabahpemuda-umno-tarik-sokong-kerajaan-muhyiddin/

COMMENTS